Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Monday 28 May 2012

Peranan dan Tanggungjawab murid-murid...

Isnin 28 Mei 2012

Salam ceria dan selamat malam untuk semua. Masih dalam suasana dan aura cuti sekolah. sebahagian dari kita menghabiskan cuti dengan balik kampung, melawat tempat-tempat menarik. Contoh Muzium Negara,Zoo negara dan di Pusat Sains di Kuala Lumpur diadakan pameran dunia dinasour. kalau murid-murid berpeluang berkunjunglah ke sana untuk mendapat info dan belajar sesuatu dari lawatan ini.

Posting hari ini berkisar kepada apa peranan dan tanggungjawab kita sebagai seorang murid di sekolah? ni bukan tajuk karangan tetapi brains stoming sebenarnya. Murid-murid boleh beri seberapa banyak idea dan cadangan untuk melengkapkan tugas dan peranan murid-murid sendiri. Cikgu akan paparkan sebahagian penting tugas dan peranan murid-murid di sekolah.

  • Sentiasa mempunyai perwatakan diri yang berdisiplin, bersopan, jujur dan baik.
  • Menghormati Guru Besar, Guru-Guru dan orang dewasa.
  • Sedia membantu guru-guru dalam menjalankan tugas-tugas yang berhubung dengan akiviti-aktiviti sekolah.
  • Memberi salam (Selamat Pagi / Selamat Tengahari / Selamat Petang dan sebagainya)apabila berjumpa guru atau orang dewasa.
  • Sedia menawarkan khidmat dan pertolongan kepada mana-mana guru secara sukarela.
  • Sentiasa berpakaian kemas, rapi, bersih dan lengkap.
  • Rajin belajar dan membuat tugasan sekolah. 


Thursday 24 May 2012

Manfaatkan cuti sekolah....

Khamis 24 Mei 2012

Salam Khamis untuk semua...posting kali ini Manfaatkan cuti sekolah yang panjang dengan aktiviti yang berfaedah...pada anak murid cikgu selesaikan kerja rumah yang dibekalkan..jua ingat hadirkan diri pada cuti dengan kelas tambahan yang telah disusun jadualnya...Buatlah apa-apa aktiviti yang sesuai dan jangan membahayakan diri di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya...awasi diri sendiri dari segala ancaman. Bantulah kedua-dua ibu bapa kita jika disuruh...yang paling penting jangan tinggal solat...kerana solat itu tiang agama...lalai dalam mengerjakan solat umpama kita merobohkan rumah sendiri....

Tanamkan sikap positif dalam diri.Jauhi perkara-perkara yang merosakkan minda kita dan mereka yang cuba membawa pengaruh songsang dalam diri kita. Ingat nasihat ibu bapa amat penting. Moga-moga cuti panjang ini kita menjadi murid yang cemerlang dalam menguruskan masa.

Tuesday 22 May 2012

Ciri-ciri Sekolah Selamat...

Selasa 22 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua dan Selamat menduduki peperikasaan pertengahan tahun kepada semua murid-murid cikgu. Baca dan faham betul-betul arahan pada kertas soalan. Buat sehabis baik. Pastikan keputusan yang diperolehi berbaloi dengan usaha kita dan membuahkan kegembiraan kepada ayah dan ibu kita bahawa inilah keputusan terbaik yang mampu kita garapkan.

Posting petang ini Bagaimana mewujudkan ciri-ciri sebuah sekolah yang selamat dalam erti kata yang sebenarnya.Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :   

, mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu  
, persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan  
, tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas 
,   dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil 
,   pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah 
,   tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah 
,   prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif 
,   warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah 
,   rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap 
,   penyenggaraan sekolah menepati masa 
,   aspek kebersihan menjadi amalan 
,   rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik  




Sunday 20 May 2012

Mengapa mesti marah...?

Ahad 20 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua...moga kehadiran hari Ahad permulaan kita memulakan tugas rasmi membuahkan kerja buat yang berkualiti serta mampu melonjakkan prestasi yang baik dalam kerja buat kita. so...tajuk entri kali ini Mengapa mesti marah...? kalau sememangnya kita patut marah...marahlah sepuas-puasnya...sebab kita akan luahkan segala yang tersurat itu sekali gus...selebihnya jangaanlah marah kita menyebabkan ada pihak yang berkecil hati....marah yang positif serta menegur tapi dalam masa yang sama cuba control suara agar kemuncaknya tidak mendatangkan impak kepada mangsanya....

Sebagai orang yang beriman ada langkah-langkah yang positif yang perlu kita kuasai dalam menangani situasi ini agar kita dipandang seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sesuai dengan tahap ilmu yang ada pada kita...so di bawah ini sedikit panduan sebagai kawalan kemarahan kita dari membuak-buak...

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim )kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?







Thursday 17 May 2012

Selamat Hari Guru..

Rabu 17 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua. Moga kerja buat kita menjurus ke arah meningkatkan produktiviti serta tahu hala tuju, visi dan misi yang ingin dicapai menepati sasaran sejajar dengan imbuhan yang diperolehi. Justeru di kesempatan yang terbatas ini, diucapkan Selamat hari Guru kepada semua pendidik,jasa dan pengorbanan cikgu amat dihargai dan disanjungi selarasnya amanah yang dipertanggunjawabkan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". 


Monday 14 May 2012

Malas ke Sekolah..

Isnin 14 Mei 2012

Salam Sejahtera untuk semua pengunjung blog ni....hari ini cikgu paparkan sebuah cerita yang menarik tetapi lucu. Semoga cerita ini sedikit sebanyak menghiburkan kita.


Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. 
Salim : Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Sunday 13 May 2012

Hadiah Hari Guru...

Ahad 13 Mei 2012

Salam Cemerlang dan salam sejahtera untuk semua pembaca dan anak didik cikgu..episod seterusnya dalam koleksi aura hari guru sehingga menjelangnya 16 Mei. Cerita ini lucu tetapi banyak pengajarannya yang boleh kita ambil sebagai teladan. Cikgu sering inginkan dirinya dihargai walau dengan sekuntum bunga sebagai hadiah...murid-murid ingin hadiah yang terbaik buat gurunya...yang pening kepala ibu bapa terpaksa menuruti segala kehendak anak-anak untuk memberi sesuatu yang terbaik pada cikgunya....

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.

Friday 11 May 2012

Fadhilat Hari Jumaat...

Jumaat 11 Mei 2012

Salam Jumaat untuk semua pembaca....semoga kehadiran Jumaat kali ini banyak memberi kemanfaatan kepada kita semua bahawa saban minggu kita akan berjumpa dengan penghulu segala hari ini dalam kamus hidup kita.Tetapi berapa orangkah di kalangan kita yang menyedari bahawa banyak fadhilatnya jika kita menghayati sunnah yang telah digariskan oleh junjungan kita dalam amalan kita seharian. Maka di kesempatan yang terbatas ini,marilah kita sama-sama menghayati malan-amalan yang patut kita amalkan semoga segala kebaikan yang disuruh olehNYA kita hayati dan jadikan panduan untuk kita kekal sebagai umat yang berkualiti dan di pandang mulia oleh masyarakat lain.

  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Wednesday 9 May 2012

Murid nakal...

Rabu 9 Mei 2012

Salam Ceria untuk semua. Seperti biasa dan seperti yang dijanjikan cikgu akan paparkan kisah-kisah yang berlaku di alam persekolahan sempena mengambil aura hari guru akan tiba tidak lama lagi. Di sini cikgu catatkan sebuah kisah  lucu dan ada pengajarannya. Di akhir cerita ni tolong catat moral of the story dalam komen di bawah...

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas….
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata…

“Selama saya mengajar awak semua… tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini.
Ini sangat menghairankan… boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi??
guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam…

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
“sebab… cikgu pernah kata dulu… jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan
cikgu akan mati terkejut…. ha ha ha” sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas
kembali bising macam biasa…



Tuesday 8 May 2012

Sajak Guru..

Selasa 8 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua pembaca.Seperti entry semalam...sehingga terbitnya fajar 16 Mei..maka setiap hari akan diupdate cerita pasal guru sebagai penghormatan pada insan kerdil yang bergelar GURU...Justeru hayatilah sejambak sajak yang dikarang oleh sasterwan tersohor Saudara Usman Awang sehingga kini sajak inilah yang menjadi penguat semangat untuk semua guru yang dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Monday 7 May 2012

Terima kasih guruku.....

Isnin 7 Mei 2012

Salam ceria untuk semua anak didik cikgu. sempena aura hari guru yang bakal disambut pada 16 Mei setiap tahun,cikgu pertontonkan video lagu Terima kasih guruku. Lagu ini cukup berkesan dan lirik lagunya senang diikuti serta melodinya yang mendayu memungkinkan ada anak didik cikgu menitiskan air mata bila menonton video ni....Sama-samalah kita hayati lagu ini.



Saturday 5 May 2012

Kelebihan masing-masing...

Sabtu 5 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua terutamanya anak didik cikgu yang dikasihi. Hari ini cikgu paprkan sebuah cerita teladan yang  kita boleh berkongsi pengajaran yang terdapat di dalamnya. Selamat membaca.

Seekor unta sedang berbahas dengan seekor babi hutan.

Si unta berkata, "Adalah paling baik dengan adanya susuk badan yang tinggi. Kita berasa diri sendiri berada pada kedudukan tinggi yang mengatasi segala-galanya."

Si babi hutan berasa tidak puas hati lalu menyampuk, "Dengan susuk badan yang pendek adalah yang paling baik kerana senang menyembunyikan diri daripad musuh."

"Apa kata kalau kita mencari orang lain untuk mengadili hal ini. Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek yang lebih baik."

Si babi hutan bersetuju dengan cadangan si unta.

Mereka berdua berjalan ke sebuah taman botani. Taman tersebut dikelilingi oleh tembok yang rendah. Si unta berdiri di tepi tembok. Ia makan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam tanam sebagai makan tengah harinya.

Kemudian si unta mengejek si babi hutan, "Betulkah kata-kata aku? Susuk badan yang tinggi sememangnya membawa manfaat kepada aku!"

Si babi hutan berdiri di situ dan ketinggiannya cuma di bawah aras puncak tembok. Susuk badannya yang pendek itu menyebabkan dia tidak dapat melihat pemandangan yang cantik di dalam taman tersebut.

Tidak lama kemudian, mereka melalui taman botani yang sebuah lagi. Taman tersebut dipagari oleh tembok yang tinggi. Terdapat sebuah pintu kecil yang rendah sahaja pada tembok itu. Si babi hutan memasuki taman berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si unta tidak dapat memasuki taman itu.

Si babi hutan makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut sepuas-puasnya. Kemudian ia keluar dari taman lalu tersenyum sambil berkata kepad si unta, "Apa pendapat kau sekarang? Susuk badan yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang pendek lebih baik?"

Kedua-dua ekor haiwan tersebut saling berpandangan lalu berkata serentak, "Sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing."

Dengan itu, tidak perlulah mereka mencari pengadil lagi dalam hal tersebut.

Friday 4 May 2012

Renungan Jumaat..

Jumaat 4 Mei 2012

Salam Jumaat untuk semua. Moga kehadiran hari Jumaat penghulu segala hari banyak menyedarkan kita bahawa singkatnya umur kita untuk menghadapi hari-hari mendatang yang semua orang akan menempuhnya selagi kita bernyawa. Justeru di kesempatan ini,marilah kita bermuasabah diri,merenung dalam diri,menerokai segala niat dan amalan kita samada dilunaskan atau terpendam begitu sahaja. Seperti sabda Junjungan kita Nabi Muhammmad S.A.W:

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi:
a) hartanya untuk  warisnya
b) nyawanya untuk Malaikat Maut.
c) dagingnya untuk ulat-ulat
d) tulangnya untuk tanah
e) amalan dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya.

Thursday 3 May 2012

Kesihatan Yang baik...


 Rabu 3 Mei 2012.

 Salam untuk semua. Posting kali ini mengenai kesihatan yang baik dan patut diamalkan oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka berada dalam zon ingin menjaga kesihatan.

1.   Minumlah air sebanyak mungkin dengan kadar 8 gelas sehari  kerana  badan kita memerlukan  75% air yang lebih berfungsi untuk melindungi organ-organ utama dalam badan kita. Seperti otak kita memerlukan 90% air dan tidak mustahil jika sekiranya kita mengalami sakit kepala kerana kekurang air dalam badan kita sendiri. Setiap hari badan kita kehilangan 1.7 liter air melalui pepeluhan, penafasan dan perkumuhan.

2.  Senaman- senaman merupakan aktiviti fizikal yang patut diamalkan selama 20 minit sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sebenarnya senaman ini penting untuk menguatkan jantung dan tulang terutama kepada kaum wanita.

3.  Nutrien yang mencukupi dalam badan adalah penting dalam memastikan badan kita sihat sentiasa.Badan kita memerlukan Vitamin,protein dan Mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik.Tubuh  kita bergantung penuh kepada apa yang kita makan setiap hari.Bagi menambahkan nutrient yang tidak mampu kita makan,bolehlah diambil makanan tambahan dalam bentuk tablet sebagai inisitif bagi memenuhi kecukupan nutrient dalam badan kita.

P/S: antara tips yang perlu dan patut diamalkan mengikut keperluan badan kita. Kesihatan yang baik adalah berpunca dari sikap dan pemakanan  kita sehari-hari. Cegah sebelum parah. Amalkan makanan seimbang.Insyaallah kita akan sihat dengan mengucapkan  syukur kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Tuesday 1 May 2012

Selamat Hari Pekerja..

Selasa 1 Mei 2012

Salam Selasa untuk semua dan Selamat hari pekerja kepada seluruh warga pekerja di Malaysia. Semoga produktiviti yang kita hasilkan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dalam kualiti yang boleh diberi manfaat bersama dan dituai bersama.Tema Hari Pekerja tahun ini PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFOMASI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...