Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday 8 August 2014

Kemahiran Menulis...satu tinjauan!

Jumaat 8 Ogos 2014



Pengenalan



Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalamPerlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dankemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Kedudukan istimewa yang diberikan kepadabahasa Melayu ini berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai “Negara Baharu”. Proses pembinaan negara ini bermaksud proses pewujudan negara

bangsa yang berasaskan jati diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang kaum.Dalam konteks ini, bahasa Melayu dijadikan unsur pembinaan jati diri rakyatMalaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum.Peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan   dalam memelihara kestabilan masyarakat dan negara. Hal ini pernah ditegaskan oleh Asmah (1982 : 22):


            Dalam konteks perbincangan tentang penulisan karangan ini maksud Penulisan merupakan penghasilan teks karangan, iaitu melibatkan proses dan hasil. Proses adalah menulis dan mengeluarkan idea, manakala hasil adalah buah fikiran yang telah dikeluarkan menjadi sebuah cerita yang lengkap. Justeru, Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat, idea kepada pembaca. Don Bryne ( 1979 ) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang yang kita buat semasa kita bercakap.



Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dilalui. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000).



Manakala penulisan karangan pula melibatkan penghasilan dan penyusunan ayat-ayat dengan cara yang sesuai mengikut kehendak penulis itu sendiri,individu atau orang yang terlibat secara langsung dengan apa-apa yang ditulis sama ada untuk diri sendiri atau untuk tatapan dan bacaan awam. Penghasilan sesebuah karangan adalah aktiviti yang cukup kompleks yang pada pendapat saya memerlukan kepelbagaiaan kemahiran yang perlu dikuasai oleh penulis itu sendiri.


Beberapa  cadangan  yang  difikirkan  perlu  bagi  meningkatkan  prestasi  pengajaran  dan potensi  pembelajaran  murid  untuk  meningkatkan  kemahiran  menulis karanganmurid  sekolah  rendah    antaranya,  iaitu  pengajaran  asas  kemahiran   menulis  seharusnya  diberikan  penekanan  yang  serius  agar  murid  dapat menguasainya.  Pengajaran  Bahasa  Melayu  seharusnya  disampaikan  dalam  pendekatan yang  lebih  menarik  dengan  kepelbagaian  bahan  bantu  mengajar  serta  kaedah pengajaran  yang  menarik  dan  mampu  memperkembangkan  lagi  keupayaan  kemahiran membaca  dan  menulis  murid.  Guru-guru boleh menggunakan karangan berpandu kepada murid-murid. Di samping itu,guru boleh menggunakan gambar bersiri sebagai panduan untuk mereka memulakan sesebuah karangan.Karangan berpandu ini mampu membina rangsangan kepada murid-murid untuk mencari isi-isi penting berdasarkan gambar yang dilihat.

Apa yang pasti, murid-murid ini kurang di dedahkan kepada bacaan umum yang sepatutnya mereka kuasai untuk menambahkan penbendaharaan kata sebagai pelengkap kepada menulis karangan yang baik. Kurang membaca di kalangan mereka menyebabkan mereka kurang idea untuk mendapatkan maklumat dan memperkembangkan isi-isi penting dalam setiap karangan yang dikarang.

Murid-murid ini juga perlu di dedahkan untuk membina rangka karangan setiap kali mereka hendak memulakan sesebuah karangan. Membina rangka karangan penting untuk melatih mereka mengarang mengikut turutan isi tanpa menulis isi karangan yang berulang-ulang kerana mereka sudah meluahkan idea atau isi yang ingin dikembangkan pada satu-satu perenggan

Di samping juga, Kepelbagaian  kaedah  dapat  membentuk  murid  tidak  cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.Selain  itu,  penggunaan  bahan  bantu  mengajar  yang  menarik,  bersesuaian dengan  tahap  kebolehan  perkembangan  intelek  murid  semasa  merencanakan  isi pelajaran  dapat  merangsangkan  minat  murid  dan  bermotivasi  untuk  terus  belajar.Bahan  bantu  mengajar  hendaklah  digunakan  secara  optimum  dalam  pembelajaran  agar menghasilkan  pembelajaran  bermakna  dan  meninggalkan  kesan  positif  dalam  diri murid.  Menurut  Muhamad  Hasan  (2000),  penggunaan  media  bertujuan  untuk memudahkan  guru  dan  murid  berinteraksi  atau  perhubungan  dua  hala  yang  dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha  yang  berterusan  pihak  pengurusan  sekolah  seharusnya  konsisten menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai   menulis  dengan  mengadakan  kelas  pemulihan.

 Seminar  serta kursus  yang  bermanfaat  seharusnya  diberikan  penekanan  yang  jelas  kepada  guru dengan  memberi  maklumat  dan  input  tentang  keperluan  khas  murid-murid    lembam menguasai  kemahiran  membaca  dan  menulis.  Selain  itu,  ujian  pencapaian  murid mempunyai  had  tempoh  masa  dan  dijalankan  secara  sistematik  bagi  menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam.   Persepsi  guru  tentang  imej  murid  lembam  yang  memerlukan  bantuan pemulihan  seharusnya  positif  dan  mempunyai  kesedaran  bahawa  mereka  seharusnya dilayan  secara  saksama  dan  berpotensi  untuk  berjaya  sama  seperti  rakan  mereka  yang beruntung.   

Tambahan  lagi,  kesabaran  serta  ketekunan  guru  amatlah  penting  bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan  lebih  banyak  kursus  khas  kepada  guru-guru  yang  terlibat  dalam permasalahan  kemahiran  membaca  dan  menulis.  Selain  itu,  penerbitan  teks  panduan guru  pemulihan  bertujuan  memberikan  input  tentang  kaedah  pengajaran  yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi  meningkatkan  kemahiran  menulis.



 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...