Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 29 January 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan..

Selasa 29 Jan.2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Majlis Perasmian Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada 3 buah  sekolah Dun Paka Dungun bertempat di SMK Rasau selamat dijalankan pada 28 Januari 2013. Sekolah yang terlibat ialah SMK Rasau.SK Felda Seri Rasau dan SK Durian Mentangau Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh  YB Haji Matulidi kepada murid-murid yang berhak mendapatkannya.

Gambar-gambar di sekitar majlis tersebut...








Monday 21 January 2013

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah....

Isnin 21 Jan. 2013

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera untuk semua. Entry pagi ini,watikah pelantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya yang telah diadakan pada 20 Januari 2013.Majlis berlangsung di Dewan Gemilang SK Felda Seri Rasau.Seramai 47 orang pengawas sekolah,27 orang pengawas Pusat sumber dan 12 pembimbing rakan sebaya telah menerima sijil masing-masing.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sarjan Mejar Abd. Halim B Zakaria 909930 Ketua Balai Felda Kerteh 3. Dalam ucapan beliau mengingatkan bahawa pengawas sekolah yang dilantik sebagai polis di sekolah dan tugas mereka juga mengawasi disiplin murid-murid serta membantu tugas guru dalam segala hal. Di samping itu,beliau juga meminta pengawas sekolah juga berperanan menjaga nama baik sekolah dan diri sendiri.


Membaca ikrar Pengawas di depan Sarjan Mejar....





ketua Pengawas bersedia membaca ikrar pengawas..

Menerima sijil dari Sarjan Mejar..


Tekun membaca watikah yang diterima..


Saturday 19 January 2013

Plan taktikal Media 2013...

Sabtu 19 Jan.2013

Assalamualaikum dan Selamat pagi untuk semua.Sebagai GPM Plan taktikal media setiap tahun digubal sebagai penanda aras dalam melaksanakan program dan perancangan setahun sesuai dengan kehendak media sebagai pemangkin dalam melaksanakan P@P sebahagian dari proses ini.Justeru di bawah ini disertakan takwim tersebut sebagai rujukan sebagai kerja buat kita berdasarkan perancangan yang diatur.

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU
23300 KETENGAH JAYA DUNGUN,TERENGGANU.

PENGURUSAN MEDIA
TAKWIM DAN PERANCANGAN TAKTIKAL 2013

BIL
BULAN
PROGAM/AKTIVITI
OBJEKTIF
INDIKATOR
PENCAPAIAN
1
Januari
-Mesyuarat media kali pertama.
-Mesyuarat komponen media-BBM,ICT
  Bilik Tayang, NILAM.
-Merancang,melaksana
 Dan menilai program
-Program yang dirancang dapat
Dijalankan.

2
Februari-November
-Memperkasakan program NILAM peringkat sekolah
-Pinjaman buku oleh murid dan guru
-Pinjaman pukal kelas ke kelas
-Aktiviti semasa perhimpunan mingguan
-Pengumpulan data/rekod NILAM setiap bulan secara online.
-Anugerah NILAM dari masa ke semasa
-pertandingan kuiz,bacaan mekanis.


-Memupuk minat membaca di kalangan murid dan guru.

-Menambahkan ilmu yang ada

-Membaca setiap masa terluang.

-Buku sentiasa di tangan.

-Menjadi ulat buku.
3
Februari-Oktober
-Memperkasakan bilik ICT.
-Meningkatkan Pinjaman BBM.
-Mempeluaskan penggunaan IWB secara optimum.
-Mensasarkan 100% penggunaan bilik tayang.
-Memperkasakan bilik perpustakaan sebaik mungkin
-Meningkatkan keberkesanan dan kepelbagaiaan kaedah P@P guru.
-Penggunaan bilik ICT,BBM,BT,Perpustakaan
Secara optimum.
4
Mac-April
-Pameran buku baru
-Pameran alatan ICT
-Pameran alatan BBM
-Tayangan TV pendidikan
Memperkenalkan,memudahkan serta mempamerkan alatan kepada guru dan murid.
-Membantu proses P@P yang baik dan berkesan.
- penggunaan secara berkesan dan menyeluruh.
5
April-Julai
-Pertandingan banyak membaca.
-Petandingan mencari maklumat.
-Pertandingan membaca sajak,bercerita dan pidato.
-Pameran dan jualan buku oleh pengedar.
-Menambahkan ilmu.
-Merangsangkan minat murid dan guru.
-Memperkayakan perbendaharaan kata
-menonjolkan bakat murid,




-Anugerah nilam dari semasa ke semasa.
-Mewakili sekolah dalam pertandingan.

-dilaksanakan dan mendapat kerjasama dari semua guru
Serta pengedar buku.
6
Oktober
-Kem membaca 1 Malaysia(KM1M)
Tema”Pembacaan pemangkin 1Malaysia)
-Mewujudkan budaya membaca secara menyeluruh.
-dilaksanakan dengan jayanya.
-kerjasama dengan pengedar buku.









Friday 18 January 2013

Rekabentuk Kurikulum...

Jumaat 18 Jan.2913

Topik pada hari ini  apakah yang menjadi asas dalam sesuatu bentuk mata pelajaran?.Secara umumnya,penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendididkan,politik sesebuah negara,sejarah,keadaan sosial serta budaya,aliran semasa dan banyak lagi.Umpamanya dalam era globalisasi,kurikulum yang dibentuk bersifat kearah menyediakan global education expertise  selain insan ulu al-bab. Dalam konteks Malaysia,secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.

Selain itu,kandungan serta kaedah pemyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi,sosial,politik dan teknologi masa kini dan akan datang.Mengikut UNESCO,penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan kepada 4 tonggak utama iaitu:

  • belajar untuk mengetahui(learning to know)
  • belajar untuk bertindak(learning to do)
  • belajar untuk membentuk peribadi(learning to be)
  • belajar untuk hidup bersama(learning to live together)
Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu(dimensi intrinsik) dan keperluan sosial(dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.

Banyakkan berselawat pada hari Jumaat....

Jumaat 18 Jan.2013

Salam untuk semua. Moga kehadiran hari Jumaat penghulu segala hari banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua agar sentiasa muahasabah diri sendiri.



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Thursday 17 January 2013

Selangkah ke sekolah...kembali!

Khamis 17 Jan.2013

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan anak didik. Lama tidak update blog pusat sumber sebagai wadah dalam melestarikan pendidikan bertaraf dunia.kekangan masa dan tugasan awal tahun kepada GPM memaksa ruang ni dibiarkan tanpa ada catatan yang tulus dan mulus.

Selangkah ke sekolah..kembali tajuk entry sebagai pembuka tirai untuk tahun baru .Banyak program sekolah akan menyusul seperti biasa berpandukan kepada takwim pengurusan media yang menjadi penanda aras dalam melaksanakan aktiviti yang menjadi indikator dalam pengajaran dan pembelajaran guru.


CARTA GANTT PUSAT SUMBER SK FELDA SERI RASAU 2013
BIL.
AKTIVITI
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGOS
SEP
OCT
NOV
DIS
1
Mesyuarat AJK Induk /AJK Kerja /AJK Nilam












2
Meyuarat Agung Badan Pengawas Pusat Sumber Bestari












3
Agihan tugas pustakawan












4
Gotong – royong












5
Pelancaran Progaram Nilam












6
Kem Bestari Buku












7
Lawatan ke Perpustakaan Negeri  Terengganu












8
Pelantikan Watikah Pengawas Pusat Sumber Baru












9
Anugerah Nilam mengikut bulan












10
Pelancaran Kem Membaca 1 malaysia












11
Pertandingan  Keratan Akhbar












12
 Promosi alatan ICT dan BBM












13
Pameran dan jualan buku












14
Majlis Anugerah Sri Bestari













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...