Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 20 November 2013

Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi...



Rabu 20 Nov. 2013

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Posting hari ini masih lagi berkisar mengenai assigment untuk semester ini. Harap tetamu yang singgah di sini mendapat manfaat dengan sedikit info yang mampu dikongsi bersama.Sharing is caring....

Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sedia ada. Ia juga merangumi perkembangan pengetahuan,kemahiran,ilmu dan sikap. Kammerman Etal (1985) pula menyatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenalpasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekkreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang di masa lapang untuk tujuan keseronokan,ketenangan minda dan merehatkan badan. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu.

Sukan rekreasi memainan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas perama yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial (jeris). Justeru, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani.Oleh sebab itu, setiap tahun,kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sekiranya para pelajar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi mereka dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial yang sihat.

Apabila suan dan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikut aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap ativiti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.






Tuesday 19 November 2013

Kemahiran Membaca...

Selasa 19 Nov.2013




Salam Selasa untuk semua moga dirahmati. Ingin berkongsi info tentang pengertian membaca dalam konteks yang terarah.Moga pengenalan kepada definisi membaca ini dapat digunakan dalam assigment kita.

Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks.Ianya melibatkan keupayaan membaca secara pantas,memahami,mengingat fakta dan kebolehan membuat tafsiran secara bijak dan analistis. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.


 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...