Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Monday 30 April 2012

Bina ayat..

Isnin 30 April 2012

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.Apa khabar semua? Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh lagi. Pelajaran yang diajar hendaklah diulangkaji agar kita sentiasa ingat dan dapat menguasainya dengan baik.seperti biasa hari ini cikgu paparkan latihan untuk disiapkan di rumah sempena cuti umum 1 Mei hari pekerja.

Arahan: Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

1.   ...................................................................................................................

2.  ...................................................................................................................

3.  ..................................................................................................................

4.  ..................................................................................................................

5.  ..................................................................................................................

Saturday 28 April 2012

Terima Kasih Cikgu ...

Sabtu 28 April 2012


Salam Sabtu untuk semua. Moga kita ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beramal soleh.Pesan memesan demi kebenaran. Posting hari ini muat turun lagu Terima kasih Cikgu. Lagu ini cukup berkesan di hati murid-murid tahun 3 Nilam. Walaupun hari guru lambat lagi.tetapi sebagai persediaan untuk murid-murid tahun 3 membuat persembahan di hari tersebut.Cikgu paparkan video ini untuk tontonan dan berlatihlah menyanyi mengikut senikata yang disedaikan.


Thursday 26 April 2012

Tips Amalan Pemakanan Yang Baik..



Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana. Di Bawah ini tips-tips yang patut diamalkan menjadikan diri kita sihat sentiasa dengan keizinan dari Allah jua:

1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2.  Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
3.  Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.        
9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Keterangan lebih lanjut di sini.



 

Latihan Sinonim...

Khamis 26 April 2012

Assalmaulaikum dan Salam Sejahtera. Minggu paling sibuk di sekolah. Banyak aktiviti dan perkara-perkara yang melibatkan profession dan murid-murid terpaksa dionlinekan dengan kadar segera. kelembapan intenet salah satu sebab kerja-kerja yang sepatutnya siap dalam masa sejam,terpaksa disiapkan dalam masa dua hari.Kepada murid-murid cikgu,hari ini cikgu paparkan karangan perbualan dan cuba cari makna yang diwarnakan.

Penjual           : Marilah lihat kasut ini encik.
Pembeli          : Saya tidak berminat untuk membelinya.
Penjual           : Janganlah begitu,encik.Kasut ini direka khas untuk berjoging.Harga tidak mahal.
Pembeli           : Yakah begitu? Cuba kamu terangkan dengan lebih jelas.
Penjual           : Baiklah encik.Kasut ini diperbuat daripada bahan yang sangat kukuh.Sangat sesuai dipakai.
Pembeli          : Apa lagi keistemewaannya yang boleh saya tertarik membelinya.
Penjual           : Tapaknya yang kukuh dan tidak mudah koyak.Jaminan satu tahun diberikan jika koyak.
Pembeli          : Nantilah saya fikirkan sesuai ke tidak.
Penjual           : Tawaran istimewa ini akan berakhir hujung bulan ini.siapa cepat dia dapat.

Tuesday 24 April 2012

Kepentingan Rumah..

24 April 2012

Salam sejahtera untuk semua. Dalam pengajaran Kajian Tempatan tahun 4 Nilam tajuk yang telah cikgu ajar kepada kamu mengenai kepentingan rumah kepada manusia. sesiapa yang tidak sempat menyalin nota di papan putih,di sini cikgu sertakan salinan nota semula.Harap dapat membantu kepada mereka yang tidak sempat menyiapkan di sekolah.

Dalam kehidupan di dunia ini, setiap orang memerlukan tempat tinggal yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni sebagai tempat berlindung atau berteduh. Fungsi rumah kepada manusia ialah sebagai tempat perlindungan dari hujan,panas, binatang buas dan malapetaka lain. Rumah juga berperanan sebagai tempat yang boleh memberi keselesaan kepada kita untuk berehat.Contohnya di rumah kita ada ruang tamu,ruang keluarga,bilik tidur dan sebagainya.

Dengan adanya rumah,kita dapat mewujudkan kemesraan sesama ahli keluarga kita.Di mana kita boleh berbincang dan bermain-main dengan anggota keluarga yang lain. Rumah yang kemas,bersih dan teratur kedudukannya amat selesa untuk didiami.

Jenis-jenis rumah yang terdapat di negara kita:
 Rumah kayu
 Rumah banglo
 Rumah rakit
 Rumah teres
 Rumah tradisional

Makanan Seimbang..

24 April 2012

Salam Selasa untuk semua . Hari ini dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kita sudah belajar kepentingan makanan seimbang untuk badan kita sendiri.Mengapa kita mesti makan makanan seimbang? Jawapan ini ada di sini.Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
 Piramid Makanan

Sunday 22 April 2012

Latihan sinonim..

Ahad 22 April 2012

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera untuk semua anak didik cikgu. Hari ini cikgu paparkan latihan sinonim untuk disiapkan di rumah.

  1. Abad =..........................                           8. Fakir =.....................
  2. Bagi =.............................                          9. Had =.......................
  3. Bah =.............................                          10. Habis =...................
  4. Cahaya =.......................                           11. Ibarat =....................
  5. Campur =......................                           12.  Izin =.......................
  6. Dakwa =.......................                            13. Jarak =....................
  7. Elok =...........................                           14. Kacak =...................

Saturday 21 April 2012

Pendidikan seni...katak lompat..

Sabtu 21 April 2012

Salam Sabtu untuk semua. Sambil kita santai di rumah,apakata cikgu masukkan toturial origami "katak lompat" yang sempat cikgu ajar kepada murid-murid tahun 3 Nilam masa pengajaran pendidikan seni. sesiapa yang tidak sempat belajar pada hari itu,cuba
buat mengikut video ini. Selamat Mencuba.



Thursday 19 April 2012

Peranan Peribahasa Melayu...

Khamis 19 April 2012

Salam khamis untuk semua. Terpanggil untuk meluahkan pendapat mengenai Peranan Peribahasa Melayu dalam masyarakat kita pada hari ini. Seolah-olahnya kata kiasan ini sering dilupakan dan kurang diberi perhatian sewajarnya. sedangkan dari kata-kata yang dikarang tersebut luhur bahasa yang sangat indah yang di dalamnya cukup banyak mengandungi unsur-unsur nasihat,teguran secara tidak langsung tetapi halusnya butir bicaranya menyebabkan mereka yang ditegur tidak berkecil hati.

Sebagai bahasa kiasan yang telah wujud zaman-berzaman, sama usianya dengan kewujudan bangsa dan bahasa Melayu peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh sebab itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup dari segi pengajaran dan teladan, untuk menghiasi karangan dan percakapan, di samping mendalami penguasaan bahasa Melayu.Contohnya:

Ada batang mati adalah cendawan tumbuh.
Ertinya; Tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki.

Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang ~~ sesuatu perkara itu tidak akan berlaku atau terjadi jika tidak ada sebabnya.

Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.
Maksudnya : Orang yang senantiasa saling menolong.

Kusut diselesaikan, keruh diperjernihkan ~
Maksudnya : Pergaduhan (persengketaan) mestilah diselesaikan

~ Jangan puntung berasap jua ~
Maksudnya : Pertelingkahan atau masalah yang telah selesai itu jangan ditimbulkan semula.

Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya
maksudnya orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut

Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau
Maksud : Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.

Tonton sedutan peribahasa ini sebagai bahan pengajaran yang paling berkesan untuk anak murid kita.Selamat Menonton...



Wednesday 18 April 2012

E-Book

Rabu 18 April 2012
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ini cikgu gunakan ebook dalam pengajaran dan pembelajaran masa Bahasa Melayu Tahun 4 Zamrud.Tajuk Pengalaman di Gunung Mahchincang. Murid-murid menggunakan ebook sepenuhnya. Sehingga kepada menjawab soalan pemahaman. Pemerhatian cikgu..Semua memberi tumpuan dan berjaya menjawab soalan dengan betul. Tahniah kerana penggunaan ebook sesuatu yang menarik dan paling berkesan untuk mencapai objektif pengajajaran kita.

Tuesday 17 April 2012

Anak Arnab yang hilang...

Selasa 17 April 2012


Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada murid-murid cikgu.Terima kasih kerana sudi melayari blog cikgu. Pengajaran dan pembelajaran hari ini untuk kelas 4 Zamrud tadi kita mendengar cerita kisah anak arnab yang hilang. Cikgu rasa cerita ini paling menyentuh hati dan banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini...Semoga terhibur....



Saturday 14 April 2012

Mutiara kata 1

Sabtu 14 April 2012

Salam Sabtu untuk semua...entry kali ini sememangnya bait-bait ayat puitis yang kata-katanya menjadi pedomen kepada kita semua....gumpulan kata-kata yang tersirat mampu mencairkan hati dan kita terpana seketika pabila menghayati perkataan demi perkataan....

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya





 


Friday 13 April 2012

Aktiviti bercerita..

Jumaat 14 April 2012


Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua...Moga pada hari Jumaat ini kita dilimpahi dengan keberkatan yang berpanjangan dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Posting cikgu kali ini mengenai video aktiviti bercerita yang sempat cikgu rakamkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Zamrud.


Thursday 12 April 2012

Perkataan tersembunyi...

Khamis 12 April 2012

Assalamualaikum.....semoga semu murid dalam keadaan yang baik.Hari ini cikgu masukkan tekakata mencari perkataan tersembunyi.

ARAHAN: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul mengenai antonim.Kemudian wanakan perkataan yang tersembunyi dalam petak di bawah ini. Selamat menjawab...

1. kurus lawan.......................                       2. tinggi lawan.......................

3. cantik lawan......................                        4.  lapar lawan.....................

5.  tidur lawan........................                       6.  kecil lawan......................

7.  hitam lawan.......................                       8.  muda lawan.....................

9.  lupa lawan........................                        10.  laju lawan.............

b
e
s
a
r
k
r
p
k
f
t
e
p
e
l
b
i
n
u
r
u
r
n
y
t
l
g
e
g
a
i
h
e
j
a
n
h
a
m
h
t
g
b
n
u
u
m
r
j
e
k
h
n
g
k
g
m
o
e
j
r
e
n
d
a
h
s
b
t
o
g
k
d
m
e
h
a
l
b
r
r
r
j
m
m
t
u
a
b
e
n
h
a
c
j
a
 

Tuesday 10 April 2012

Pantun..

Selasa 10 April 2012

Salam Selasa untuk semua ini. Moga semua anak didik cikgu dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. Hari ini seperti biasa cikgu akan paparkan seuntai pantun.

Baca pantun di bawah ini dengan intonasi yang betul dan cari makna perkataan yang berwarna.

Sungai Pahang airnya dalam,
Sungai Tekali jernih sekali,
Hitam di luar putih di dalam
Sungguh manis enak sekal

Pergi ke kedai membeli roti,
kaya juga dibeli sekali,
Sungguh riang rasa di hati,
Buah dibeli murah sekali.

Adik comel memakai bedak,
Bedak dipakai diawal pagi,
Durian,duku,langsat dan cempedak,
Sekali rasa tentu nak lagi.

Anak dara menanam lada,
Lada ditanam bersama peria,
Tembikai ada,ciku pun ada,
Habis musim hilanglah ia.


Saturday 7 April 2012

Sesi pengajaran-aktiviti murid

Sabtu 7 April 2012


Salam cemerlang untuk semua.Moga kuliah kita pada hari KPD 3026 menampakkan hasil yang positif kerana kita berjaya memuat turun sesi pengajaran kendiri dalam blog sendiri sebagai tugasan untuk kursus ini. Walaupun banyak kelemahan dari aspek teknikal sebab kita semua amatur dalam bidang ini, sekurang-kurang kita mencuba memenuhi kehendak pensyarah.



Wednesday 4 April 2012

Ujian 2...

Rabu  4 April 2012

Assalamualaikum kepada semua pembaca cikgu moga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.
Entry cikgu kali ini tentulah ujian 2 lanjutan ujian 1 yang sudah kita buat minggu lalu.

ARAHAN: Bulatkan antonim  yang betul.

1. Yoke kin telah dilantik sebagai pengawas sekolah.
A. dipilih                   B. dicalonkan               C. dilucutkan            D. dibuang

2.  Seekor burung hinggap pada dahan pokok.
A.  lompat                B. terbang                    C. menenggek           D. mendarat

3.  Peralatan canggih digunakan dalam operasi kilang itu.
A.  Baru                   B. moden                     C. corot                    D. usang

4.  Mat Kilau seorang pemimpin yang dikagumi.
A.  ketua                  B.  dalang                     C. pengikut              D. penghulu

5.  Penyu bertelur di darat pada waktu malam.
A.  tepi                     B.  laut                          C. tengah                D.  pantai

6.  Saya berasa bangga berada di puncak Gunung Kinabalu.
A.  akar                    B. dasar                        C. bawah                D. pertengahan

7.  Dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, kita hendaklah berjimat-jimat.
A.  kuat                    B. basah                        C. pesat                  D. cekap

8.  Orang kampung memuji keberanian Chong Hee.
A.  mencela               B. memerli                     C. menghasut          D. menjunjung

Monday 2 April 2012

Lagu Tiga Kupang

Isnin 2 April 2012


Salam Isnin untuk semua....pengajaran dan pembelajaran hari ini untuk kelas 3 Zamrud waktu pendidikan Muzik.Cikgu upload lagu tiga kupang di sini. Mari menyanyi bersama-sama cikgu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...