Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal hijrah...

Rabu 14 Nov.2012

Salam Maal Hijrah untuk semua....


Melangkah ke tahun 1434 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.
 
Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Aset yang terbesar untuk menyerlahkan potensi diri ialah akal kita. Melalui akal dan kepintaran, kita membina kehidupan yang mendasari asas penciptaan manusia. Ayat 56 surah Az-Dzariat yang bermaksud;

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”



Selamat Bercuti...

Rabu 14 Nov 2012

Salam bahagia.Selamat bercuti kepada semua anakdidik,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga cuti panjang ini dimaafaatkan sepenuhnya aktiviti yang berfaedah. Kepada anak didik sekalian,jauhilah tempat-tempat yang mendatangkan bahaya. Penuhi aktiviti cuti dengan mengulangkaji dan membaca buku teks yang telah dibekalkan...




Thursday 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah...

Khamis 8 Nov.2012

Salam Sejahtera.Moga dirahmati. Baru-baru ini berlangsung Hari Augerah Cemerlang peringkat sekolah yang telah diadakan pada 5 Nov 2012 hari Isnin. Majlis bertempat di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun iaitu En.Wan Mohd Ridwan Wan Ismail. Dalam ucapan beliau mengingatkan para ibu bapa sentiasa mengambil cakna pelajaran anak-anak sebagai aset yang berguna untuk kepentingan mereka sendiri bila besar kelak. Justeru, pihak sekolah juga diminta memastikan segala P@P berjalan dengan lancar dan segala program yang dirancangkan hendaklah dijayakan sehabis baik.

Murid-murid yang cemerlang akademik,sahsiah,kehadiran penuh serta cemerlang kokurikulum diberikan hadiah sebagai sumbangan dan perhargaan mereka mengharumkan nama sekolah serta pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun. Juga,lebih memantapkan lagi majlis disusuli dengan persembahan tarian dari pra sekolah juga koir dari murid-murid tahun 3,4 dan 5. Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam majlis tersebut diucapkan ribuaan terima kasih.







Tuesday 23 October 2012

Kem Membaca 1 Malaysia...

Selasa 23 Oktober 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.....

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)  telah diadakan di SK Felda Seri Rasau pada 21 Oktober 2012 bertempat di Dewan Gemilang sekolah.Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Zainal Abidin B. Hassan. Majlis diadakan serentak di semua sekolah dan pelancaran di peringkat kebangsaan akan diadakan pada Rabu 24 Oktober 2012. Berbagai acara telah diadakan sempena kem membaca ini yang bermula pada 22 Oktober sehingga 25 oktober 2012. Tema yang diketengahkan ialah "Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia"

Dalam ucapan perasmian oleh Guru Besar,beliau mengingatkan supaya semua murid mewujudkan semangat cintakan buku dan program yang murni ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru. Beliau juga menegaskan bahawa adalah rugi kepada murid-murid jika peluang dan ruang ini tidak diberi perhatian dan diambil mudah oleh murid. Beliau juga meminta semua murid mengikuti setiap aktiviti yang dirancangkan agar objektif untuk melihat semua murid menjadi ulat buku tercapai dan berjalan seperti biasa walaupun selepas program ini selesai.

Antara program yang dirangka ialah:
  1. Pameran buku
  2. Bicara buku
  3. Pertandingan mewarna untuk tahap 1
  4. Pertandingan bercerita untuk tahap 2
  5. Pertandingan Kuiz
  6. Pertandingan menyusun gambar-murid Prasekolah
  7. Pantun Teka-teki
  8. Tayangan video.cerita kanak-kanak
Semoga program yang berlangsung selama 4 hari ini memberi input yang berguna kepada murid-murid dan menjadikan budaya membaca sebahagian dari hidup mereka.


Wednesday 17 October 2012

Demostrasi Bomba...

Rabu 17 Oktober 2012

Salam Sejahtera.Moga dirahmati. Entry cikgu pada hari ini mengenai demostrasi dari pasukan bomba yang dijemput khas ke sekolah sebagai memenuhi aktiviti bimbingan dan kauseling sekolah.Menurut guru kauseling sekolah SK Felda Seri Rasau,Pn Noorhayati Mamat, petunjukkan yang diadakan setiap tahun sebagai memenuhi aktiviti sekolah di samping memberi panduan dan ilmu kepada murid-murid mengenai tugas dan peranan anggota bomba dalam menjalankan tugas mereka sepanjang masa. Aktiviti ini melibatkan pertunjukkan memandamkan kebakaran, menyelamat bangsa kemalangan dan juga pengenalan kepada perkakas-perkakas yang biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat.




Apa yang diharapkan melalui demostrasi ini,murid-murid mendapat pengalaman baru dan memberi motivasi kepada mereka mengenai kerjaya anggota bomba serta kemahiran yang perlu ada ketika menghadapi situasi tegang begini.

Program Tahun 6...

Rabu 17 Oktober 2012

Assalamulaikum. Moga dirahmati. Posting kali ini mengenai program yang telah dijalankan oleh guru dan murid-murid tahun 6 selepas UPSR. Program Pengurusan Jenazah ini telah dijalankan dengan kerjasama Panitia Agama Islam Sekolah. Seramai 40 orang murid telah mengikuti kursus ini dengan diajar secara amali sebagai penduan kepada murid-murid ini. Ucapan tahniah dan syabas juga kepada  adik Qasrul yang berani menjadi model sepanjang kursus ini berlangsung. Tujuan kursus ini  diadakan sebagai panduan kepada mereka jika melibatkan kematian dalam keluarga mereka.


Tuesday 9 October 2012

Anugerah Nilam...

Selasa 9 Okt.2012

Salam untuk semua. Pada hari Ahad yang lalu semasa perhimpunan mingguan seramai 10 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 menerima hadiah sempena penyampaian hadiah untuk mereka yang banyak membaca buku untuk program Nilam bulan Ogos dan September yang lalu. Sebahagian daripada mereka juga boleh menjadi rakan pembaca kerana sudah melepasi bacaan 200 buah buku.

Rakan pembaca ini akan dijalankan semasa perhimpunan minggu depan. Dari sini mereka boleh mengumpul seberapa banyak mata berdasarkan jumlah pendengar. Penyampian hadiah ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Zainal Abin Bin Hassan. Dalam ucapan beliau,mengingatkan kepada semua supaya mengiatkan lagi pembacaan untuk memperolehi pingat NILAM.






Tuesday 2 October 2012

Koir Prasekolah Tempat ke 3...Tahniah!

Selasa 2 Okt.2012

Salam Selasa untuk semua.Moga dirahmati. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Koir SK Felda Seri Rasau kerana berjaya mendapat tempat ke 3 di peringkat negeri.Pertandingan ini telah diadakan di SK Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu pada 2 Okt. 2012. Pasukan sekolah mewakili daerah Dungun ke pertandingan tersebut.

Ini merupakan peryertaan kali ke dua pasukan sekolah,di mana pada tahun lepas kami mendapat naib johan.Mungkin nasib tidak menyebelahi kita pada kali ini. InsyaAllah pada tahun depan kita sekali lagi akan mencuba nasib dan akan memastikan segala kelemahan itu dapat diperbaiki. Pada guru-guru yang terlibat diucapkan terima kasih kerana komitment yang padu,berpasukan serta bersungguh-sungguh kita mampu mencipta sejarah sekali lagi.


 Johan pasukan dari daerah Setiu
 Naib Johan pasukan dari KTU
Tempat ke-3 Dungun.

Monday 1 October 2012

Sukan Sekolah...

Isnin 1 Okt.2012

Salam Isnin untuk semua...semoga dirahmati dalam apa jua tugasan yang diberikan. Seperti biasa koleksi foto sukan sekolah yang diadakan  pada 27 Oktober 2012 hari Khamis bertempat di padang SK Felda Seri Rasau. Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil dari PPD Dungun.

Banyak acara telah dipertandingkan melibatkan murid prasekolah,tahap 1 dan tahap 2. Acara dumulai seawal 8 pagi dengan perbarisan lintas hormat di depan para dif dan ibu bapa. Acara sukaneka melibatkan murid prasekolah dan tahap 1. Rumah Kuning masih mengungguli setiap acara dan dinobatkan johan keseluruhan pertandingan dan diikuti Rumah Biru sebagai naib Johan.

Seperti ucapan PPD dan Guru Besar menyatakan sukan 1M1S adalah aktiviti yang patut diadakan setiap tahun demi melahirkan ramai atlet yang berwibawa di peringkat sekolah dan negeri. Sehubungan dengan itu.beliau menyarankan agar acara sukan ini dijadikan acara tahunan.

Thursday 27 September 2012

Tahniah...Johan Koir Prasekolah peringkat Daerah...

Khamis 27 Sept.2012

Salam Khamis untuk semua...moga dirahmati....banyak sangat aktiviti-aktivit sekolah yang dilaksanakan sejak dari lepas UPSR...yang terbaharu pertandingan koir prasekolah yang diadakan pada hari Rabu. Di mana para hakim telah datang ke sekolah mengadili murid-murid dan yang membanggakan hari ini keputusan itu telah diketahui....

Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru prasekolah dan guru-guru yang terlibat kerana sekolah sekali lagi mengekalkan kejuaraan kali ke 2 berturut dan pada 2 Okt. ini akan mengawakili daerah Dungun ke pertandingan peringkat negeri....pada tahun lepas kami mendapat naib Johan...moga tahun ini kemenangan itu menyebelahi kami dan dinobatkan johan...Insyaallah...

Sunday 23 September 2012

Hari Akhir...Kursus GPM

Khamis 20 Sept. 2012

Assalamulaikum....Selamat pagi untuk semua....YAHOO hari akhir berkursus di BTPNT untuk semua GPM Terengganu yang terpilih menghadiri kursus Pertengahan GPM....Walaupun jadual ketat tapi masih bertenaga....apa-apa pun saat yang paling manis dapat cenderahati antara blog terbaik pss dalam 5 ranking terbaik terima kasih daun keladi....kalau ada kursus untuk GPM  war2 kepada kami semua....

Monday 17 September 2012

Perpustakaan...satu tinjauan..

Isnin 17 Sept. 2012

Salam Isnin Untuk semua...moga kerja buat kita dirahmati...hari ini menghadiri Kursus Pertengahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk guru Perpustakaan dan media negeri Terengganu yang berlangsung selama 4 hari..di PSPNT...moga dapat menghabiskan kursus ini dengan jayanya.

Posting pagi ni upload gambar/sudut di perpustakaan sebagai perkongsian kepada semua GPM...mana yang berkenaan tu bolehlah tag gambarnya ya..sebarang komen amat dialu-alukan...

Thursday 13 September 2012

Tukar Tajuk....

Khamis13 Sept. 2012
Salam Khamis untuk semua pengunjung.....moga kehadiran di sini.... memeriahkan dunia blogger terutama para pendidik yang berada di luar sana....dapatlah apalah kiranya kita berkongsi pengalaman dan cerita mengenai pusat sumber sekolah masing-masing sebagai wadah dalam memperkukuhkan gerbang informasi kepada dunia pendidikan kita....

Dikesempatan ini...saya dengan rasminya menukar keseluruhan inti cerita dalam blog ini kepada aktiviti yang berlaku di sekolah saya di samping aktiviti pusat sumber yang sempat dirakam untuk tatapan umum....Insyaallah akan menyusul ruang-ruang dan sudut2 dalam perpustakaan sebagai rujukan kepada anda semua....

Monday 25 June 2012

NUTP minta semak pangkat guru kanan...

Isnin 25 Jun 2012

Salam untuk semua...moga dirahmati...lama tidak berposting di sini....kering idea n banyak kerja sekolah yang terpaksa disiapkan dalam detik waktu cuma....yang pasti ketika redah web KPPK terjumpalah artikal ini untuk dikongsi bersama..kesahihan sumber di sini 

Sudah sampainya KPPK menilai balik dan cuba mencari titik persamaan kepada semua guru kanan yang pangkat mereka sama dengan guru lain sedangkan mereka sudah naik pangkat dan tanggungjawab juga sudah berubah...so pengiktirafan kepada di orang perlu demi memartabatkan profession mereka....


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.

“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.
“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.

“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.
Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.

Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.
“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka gaji mereka sama dengan guru baru, lagi pun kebanyakan guru ini juga sudah hampir tempoh bersara,” katanya.

Wednesday 13 June 2012

Etika Berpakaian Guru...

 Rabu 13 Jun 2012

Salam Ceria untuk semua....selamat berposting kembali....seperti biasa entry yang ingin dipaparkan lebih menjurus kepada pekeliling yang meminta semua penjawat awam berpakaian seperti yang disarankan ketika berada di pejabat. Pekeliling ini menetapkan kaedah dan tatacara yang betul berpakaian semasa berurusan secara rasmi.Maka sebagai penjawat awam kita semestinya mematuhi etika ini bagi melambangkan keperibadiaan kita sebagai pekerja yang berperlembangaan. Sebenarnya satu peringatan yang baik dari PPD Daerah Ulu kinta,Perak.

Salam 1Malaysia

Kepada :

Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara

Tuan,

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM KETIKA BERTUGAS

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Akhir-akhir ini terdapat segelintir guru dan kakitangan sokongan yang tidak mematuhi Etika Berpakaian Penjawat Awam ketika bertugas, menghadiri mesyuarat, taklimat dan sebagainya.

3. Sehubungan itu dipohon jasa baik tuan agar memaklumkan perkara ini kepada guru-guru dan kakitangan sokongan di bawah pentadbiran tuan agar mematuhi perkara tersebut.

4. Bersama-sama ini disertakan edaran Etika Berpakaian Penjawat Awam (klik di sini) sebagai rujukan dan sila pastikan guru-guru dan kakitangan sokongan tuan mematuhinya.

Sekian, untuk makluman dan tindakan.


AHAMAD SHAKER B. LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b/p Pegawai Pelajaran Daerah

Wednesday 6 June 2012

Tips menjadi anda seorang yang cemerlang...

Rabu 6 Jun 2012

Salam Rabu dan salam sejahtera untuk semua....lama tidak update blog..banyaknya kerja yang terpaksa disiapkan...tanda kertas periksa,cari kertas periksa di sekolah...yang sedihnya satu bungkus lagi tidak dapat dikesan...manalah bebudaknya letaknya...entahlah bermakna buka sekolah ni terpaksa buat siasatan kat manalah dia orang ni campaknya.....

Entry petang ni...macam mana nak jadi pelajar yang cemerlang dalam acuan kita sendiri...agar kita mampu setanding dengan mereka yang sudah maju dan berkemampuan dan sudah terbukti mereka memang cemerlang.......

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

Friday 1 June 2012

Tutup ke tidak ni...

Jumaat 1 Jun 2012

Salam Cemerlang untuk semua.....lama tidak update blog..bila blog ada dua ni payah skit nak handle....belum lagi orang lelaki yang kahwin dua..macam mana dia handle rumah tangga supaya nampak happy n bahagia aje...atau pun pandangan luar tidak menggambarkan apa yang berlaku di dalamnya....

So...sebenarnya blog ini dibangunkan sebagai memenuhi tugasan assigment yang diamanahkan untuk sem ini...bila markah dah dapat(markah penuh) bermakna fungsi blog ini sedikit terabai...just formatnya pun banyak yang lari dari tugasan ...tidak skemalah maksudnya...main cacamerba je artikalnya...tapi masih ada infomasi terkini....rasa2 di hati nak tukar tajuk n biodata sendiri biar rahsia skit....pahtu nak tulis nama sekolah sebagai altanatif untuk memaparkan aktiviti yang berlaku di sekolah....serta masukkan kertas kerja,fail persatuan, takwim persatuan sebagai blog rujukan untuk semua kaum guru....rasanya banyak pahala sebab kita berkongsi idea dengan guru-guru di luar sana.....Apa macam setuju ke tidak?

Sayang pulak nak tutup akuan kerana sudah ramai follower dan mereka juga sering ke sini untuk mendapatkan info...ditambah lagi dengan assesorinya yang cantik(perasan pulak) nak membangunkannya memerlukan kemahiran,masa , idea dan kreativiti... tu yang sedihnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...