Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday 30 March 2012

Ujian 1..

Jumaat 30 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua pengunjung dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Hari ini cikgu masukkan ujian 1 tentang sinonim.Bulatkan jawapan yang betul.

1. Memendam perasaan marah bukanlah perbuatan yang baik.
A. Meratap            B. Menaruh          C. Membuang        D.  Membendung

2. Para peserta wajib menampilkan ciptaan yang asli dalam karya.
A. benar                 B. tulen                C. canggih              D. tradisional

3. Seluar Azrul terlalu ketat.
A. sendat               B. padat                C. longgar             D. singkat

4. syarikat itu memperkenalkan pelbagai keluaran baru.
A. hasil                  B. rekaan               C. produk            D. ciptaan

5. kita perlu berhati-hati ketika keadaan darurat.
A. stabil                 B. miskin                C. bahaya           D. khianat

6. Budak yang memakai cermin mata itu gemar berfantasi.
A. bermimpi          B. berhajat              C. berhasrat       D. berkhayal

Sunday 25 March 2012

Lagu- Membaca Gaya Wawasan ...

Ahad 25 Mac 2012

Salam Selasa untuk semua.. Hari ini cikgu masukkan lagu Membaca Gaya Wawasan. Senikata yang cukup bermakna untuk dihayati. Kita boleh nyanyi bersama-sama mengikut senikata yang diberikan.Amalkan budaya membaca. Jadikan diri kita Ulat Buku jangan jadikan diri kita Ulat Bulu.


Friday 23 March 2012

Latihah Antonim..

Jumaat 23 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua.Hari ini cikgu paparkan latihan antonim untuk disiapkan di rumah.

Berikan antonim bagi perkataan bergaris.

1. Dahan pokok itu sangat rapuh dan mudah patah.

2. Adik terpaksa menelan ubat yang pahit itu.      


3. Nirmala amat mesra dengan adik beradiknya.

 

4. Devi selalui memungkiri janji dengan kawan-kawannya.


 

5. Hidupnya melarat kerana tidak dipedulikan oleh keluarganya.


 

6. Fikiran yang waras diperlukan sewaktu membuat keputusan.


 

7. Pengawasan yang ketat perlu untuk menangani masalah disiplin pelajar.

Thursday 22 March 2012

Belajar Menyebut Perkataan.

Khamis 22 Mac 2012


Salam Khamis dan selamat petang untuk semua murid cikgu. Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat belajar dengan sempurna.Hari ini untuk aktiviti seterusnya,cikgu paparkan cara menyebut perkataan dengan sebutan yang betul.Selamat Belajar....



Tuesday 20 March 2012

Rehat Minda..

Selasa 20 Mac 2012

Assalamulaikum semua.Bertemu kembali. Hari ini cikgu paparkan ilustrasi kartun untuk bacaan umum sambil merehatkan minda selepas ulangkaji OTI 1.Tahniah kepada anak didik cikgu yang dapat kekalkan prestasi.Kepada anak murid cikgu yang kurang baik markah kali ini,jangan putus asa.Cuba perbaiki prestasi dalam OTI 2 nanti.




Sunday 18 March 2012

Watikah Pelantikan Pengawas 2012

Ahad 18 Mac 2012

Sekitar Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2012. Seramai 24 orang pengawas sekolah dan 24 orang juga pengawas perperpustakaan telah diberi watikah dan dilantik sebagai pengawas sekolah untuk sesi 2012.Harapan cikgu moga mereka yang dilantik ini dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.



PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Aktiviti NILAM..

Ahad 18 Mac 2012

Salam Ahad untuk semua.Hari ini cikgu masukkan aktiviti NILAM yang diadakan di sekolah sebagai memenuhi Kempen Membaca di sekolah


Thursday 15 March 2012

Latihan sinonim..

Khamis 15 Mac 2012

Salam Khamis untuk semua anak didik yang dikasihi sekalian. Macam biasa hari ini cikgu paparkan latihan seterusnya mengenai sinonim.Harap murid-murid dapat menjawabnya sebaik mungkin.

Arahan: Padankan perkataan yang sama maksud.

  • elak                                                                   lepas

  • desak                                                                 lembut

  • pelik                                                                 hindar

  • empuk                                                              gesa

  • hala                                                                  ganjil

  • cungkil                                                              tahan

  • bebas                                                               arah

  • berkas                                                             korek 

Tuesday 13 March 2012

Catatan Perjalanan Ke Kuala Lumpur

Selasa 13 mac 2012

Assalamulaikum..kepada semua murid-murid yang dikasihi sekalian. Baca catatan petikan ini, kemudian beri makna perkataan yang bertanda merah.

8.30 pagi
Linggam,Ali dan Siew Lin berkumpul di rumah saya. Kami hendak pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.kami menaiki monorel ke stesen Sentral KL.

9.00 pagi
Kami sampai di  Stesen Sentral KL. Selepas sarapan,kami menaiki teksi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.

10.00 pagi
Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana,kami dihampiri oleh dua orang pelancong.Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Keseniaan Islam. Kami memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.

10.30 pagi
Kami masuk ke dalam perpustakaan dan membuat rujukan.

12.30 tengah hari
Kami balik ke rumah masing-masing.kami perlu meyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Rancangan Pelajaran Harian.

Selasa 13 mac 2012

Tarikh               :   7 Mac 2012
Hari                  :   Rabu
Masa                :   30 Minit
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun               : 5 Nilam
Masa                : 9.00-9.30 pagi
Bil.Murid          : 33 Orang
Tema               :  Kemasyarakatan
Tajuk              :   Catatan Perjalanan ke Kuala Lumpur
Objektif          : Diakhir pengajaran ini murid dapat:
                        i- Membaca petikan dengan lancar dan faham maksud setiap perenggan. 
                        ii- Menggariskan perkataan yang sukar dan merujuki kamus.
                        iii-Mengisi tempat kosong dengan perkataan sinonim yang betul.
Fokus Utama : 6.1 Aras 1(i) Merujuki kamus untuk mencari makna perkataan,sebutan yang betul.
                             dan penggunaan perkataan yang tepat.
Fokus Sampingan: 8.3 Aras 1(i) Menulis perkataan dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
Sistem Bahasa     : Tatabahasa : Makna perkataan,perkataan majmuk
                           : Kosa kata  : perpustakaan,teksi,pelancong,tugasan,muzium.
                           : Ilmu           : Kajian Tempatan dan pendidikan Sivik Kewarganegaraan.
                           : Nilai Murni : Baik hati, bekerjasama
                           : KBT          : Kemahiran berfikir- membuat keputusan, Memberi sebab
                                              :  Pembelajaran kontektual.
                                              :  kemahiran cara belajar dan belajar
Media Pengajaran: Gambar, MYCD, kamus,Petikan Teks.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Langkah/Masa
Isi Pengajaran
Guru                                                 Murid
BBM
Set induksi
(5 Minit)

1.Guru memasang  Video dan meminta murid meneka gambar.
2. Guru meminta murid menyanyi lagu “Kuala Lumpur.”
1.Murid meneka gambar yang ditunjukkan
2. Murid menyanyi beramai-ramai mengikut lirik lagu
CD dan Video
Langkah 1
Bacaan Mekanis
(5 Minit)

Bacaan Mekanis
1. Guru Mengedar kertas petikan kepada semua murid.
2. Guru meminta murid membaca dan menggariskan perkataan yang sukar.
1. Murid mendapatkan kertas.
2. Murid membaca petikan dan menggariskan perkataan yang sukar.

Teks  petikan
Langkah 2
Membaca Perkataan
(5 minit)

Membaca Perkataan yang sukar
1. Guru meminta murid membaca perkataan yang sukar terdapat dalam petikan.
2. Guru juga meminta salah seorang murid mencatat perkataan itu di papan putih.
3. Guru bertanya maksud perkataan yang digariskan
1. Beberapa orang murid bangun dan membaca perkataan yang digariskan.
2. Murid lain menggaris perkataan tersebut di dalam teks.
3. Murid menerangkan maksud perkataan tersebut.

Teks

Papan putih
Langkah 3
10 Minit
Latihan kata
Seerti
1. Guru Mengedarkan lembaran kerja untuk dibuat oleh murid.
2. Guru menerangkan cara untuk membuatnya dengan betul.
1.Murid menerima dan mencatat nama masing-masing
2. Murid mendengar arahan guru dan mengisi tempat kosong dengan perkataan sinonim yang betul




Lembaran kerja
Penutup
5 minit
Bersoaljawab
1. Guru bersoaljawab dengan murid sekali lagi mengenai perkataan seerti
1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

Refleksi : Di akhir pengajaran ini 100% murid dapat mengetahui apa itu sinonim dan dapat menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan dengan baik.

Monday 12 March 2012

Tanya Sama Pokok

Isnin 12 Mac 2012

Salam Isnin dan salam sejahtera untuk semua murid-murid dan cikgu-cikgu. Hari ini cikgu masukkan video lagu Tanya Sama Pokok yang telah kita nyanyi pada minggu lepas untuk kelas 3 Nilam dan 3 Zamrud masa subjek Muzik. Kepada mereka yang belum sempat menyalin lirik lagu,bolehlah berbuat demikian.


Sunday 11 March 2012

Petikan Cerita...

Ahad 11 Mac 2012

Salam Ahad untuk semua pengunjung dan anak didik semua.Hari ini cikgu akan paparkan sebuah cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Kemudian beri makna pada perkataan yang berwarna merah. Selamat membaca dan menjawab soalan.

                                        Ibu Ayam Mengaku kalah

Ibu ayam mempunyai sikap yang kurang baik. Setiap kali bertelur,ia mahu menunjuk-nunjuk telurnya kepada sahabat-sahabatnya. Pada suatu hari,ibu ayam bertelur sebutir lagi.Ia melompat keluar dari dalam sangkar lalu berketak,"Kok! Kok! besarnya! Kok! Kok! Besarnya!"

Arnab datang apabila terdengar ketak-ketak ibu ayam. Ia berkata,"Telur kamu tidaklah besar. Telur itik lebih besar." Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata arnab.Ia hendak membandingkan telurnya dengan telur itik.Ibu ayam berlari pergi ke rumah itik. Ia berkata kepada itik,"Hai,aku dengar telur kamu lebih besar daripada telur aku."

Itik mengeluarkan telurnya sambil berkata,"Telur aku tidaklah besar.Telur angsa lebih besar."Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata itik.Ia berlari ke rumah angsa. Ibu ayam berkata kepada angsa,"itik kata telur kamu lebih besar daripada telurnya."Angsa mengeluarkan telurnya lalu berkata,"Telur aku tidak besar.Telur burung unta lebih besar daripada telur aku."

Ibu ayam tidak percaya kepada angsa.Ia pergi pula ke rumah burung unta.Ibu ayam berkata kepada burung unta,"hai,aku dengar kamu mempunyai telur yang sangat besar.Tolong tunjukkan aku telur kamu." Burung unta menunjuk ke arah telurnya di dalam sangkar lalu berkata,"Telurku ada di situ,lihatlah."Ibu ayam terkejut melihat telur burung unta lebih besar dari telurnya. Akhirnya ibu ayam mengaku kalah.

Sejak hari itu,ibu ayam tidak menunjuk-nunjuk telurnya lagi. setiap kali bertelur,ia akan berketak,"Kok!Kok! Cuba lagi.Kok!Kok! cuba lagi,".

Saturday 10 March 2012

Cerita lucu lagi...

Sabtu 10 Mac 2012

Salam Sabtu untuk semua pembaca dan anak didik semua...sebelum cikgu pergi ke latihan untuk hari ini apa kata kita baca dulu cerita lucu ini.

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak
: La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis
: Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

Friday 9 March 2012

Latihan Perkataan Berlawan...

Jumaat 9 Mac 2012

Assalamulaikum dan Salam Jumaat untuk semua anak didik yang dikasihi....Hari ini cikgu akan masukkan latihan perkataan berlawan untuk disiapkan di rumah sepanjang cuti seminggu ini. Harap murid-murid sentiasa peka kerana latihan ini akan diberikan secara berterusan sepanjang cuti ini. 

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan perkataan berlawan yang betul.

1. Berat lawan.................                 8. Senang lawan............
2. Tinggi lawan................                 9. Jauh lawan................
3. Sakit lawan.................                 10. Sunyi lawan.............
4. Tidur lawan................                  11. Tenang lawan...........
5. Cerah lawan..............                   12. Suka lawan...............
6. Malam lawan............                    13. Buka lawan..............
7. Ingat lawan................                   14. Segera lawan............

                                   Selamat Bercuti dan Selamat Menjawab soalan

Thursday 8 March 2012

Sesi Pengajaran

Khamis 8 Mac 2012


Assalaimulaikum dan Salam sejahtera....Berita terkini dari pelbagai sumber SBPA dibatalkan dan SSM dinaiktaraf menjadi berita paling sensasi kepaada semua penjawat awam yang tertunggu-tunggu kesudahan episod ini. Dengan pengumuman dari PM sendiri maka terjawablah segala teka teki itu. Semua penjawat awam menikmati kadar kenaikan mengikut gred masing.masing.


Posting hari ini.,muat turun sesi pengajaran dan pembelajaran rakan-rakan dalam youtube untuk dikongsi bersama. Moga paparan video ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada rakan guru untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan. Selamat menonton...





Wednesday 7 March 2012

Cerita Lucu..

Rabu 7 Mac 2012

Salam Rabu dan salam penuh keceriaan untuk semua. Moga di pagi yang damai ini kita dikurniakan nur keimanan dan kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang.InsyaAllah. kepada murid-muridku selamat menjalani Ujian OT 1. Buat sehabis baik dan pastikan semua soalan dapat dijawab dengan betul. Tanamkan azam bahawa OT1 ini adalah permulaan yang cemerlang untuk OT 1 yang seterusnya.

 Pagi ini macam biasa, kita baca kisah lucu ni dan kalau ingin membaca terus baca di sini dan buatlah kesimpulan sendiri apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis.

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan
seraya berkata,
“Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”…
Maka dua org sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar
sandwich masing-masing…

Cerita Lucu..

Rabu 7 Mac 2012

Tuesday 6 March 2012

Teka Silangkata

Selasa 6 Mac 2012

Lengkapkan teka silangkata di bawah ini. Tajuk "Sayur-sayuran".

Monday 5 March 2012

Sang Kancil menipu Sang Buaya

Isnin 5 Mac 2012


Salam....sebenarnya banyak aplikasi yang boleh kita muaturun dari youtube yang lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Salah satunya cerita kanak-kanak yang sememangnya sinonim dengan dunia kanak-kanak. Cerita yang menarik dan ditambah animasi untuk menghidupkan jalan cerita....


Pastinya seorang guru yang kreatif akan mempelbagaikan kaedah pengajarannya bersesuaian dengan tuntuan dunia tanpa sempadan. Maka Slogan "Guru Kreatif Murid Aktif" patut dijadikan slogan kepada semua guru.



Bina Ayat..

Isnin 5 Mac 2012

Bina 5 ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang diberi.







1,.....................................................................................................................................

2. ....................................................................................................................................

3. ....................................................................................................................................

4. ....................................................................................................................................

5. ....................................................................................................................................
 Selamat menjawab.

Sunday 4 March 2012

Jawab Soalan...

4 Mac 2012

Isi tempat kosong dengan perkataan berlawan yang betul.

1. Ayah .................(menebas) rumput di belakang rumah.

2. Keadaan jalan raya itu agak...........(sesak) dengan kenderaan.

3. Cuaca hari ini ....................(mendung) sekali.

4.  Udara yang...............(nyaman) itu membuatkan Ahmad terlena di sofa.

5. Budak yang...................(gemuk) itu memang pantas berlari.

6. Pokok Ru yang................(rendang) itu telah ditebang oleh ayah petang semalam.

7. "..............(wangi) sungguh bunga itu," kata Roha kepada Amira.

8. Air sungai itu sungguh.................(dalam) ketika waktu petang.

Semut dan Merpati

Ahad 4 Mac 2012

Petikan 1

Baca petikan cerita di bawah ini. Beri lawan pada perkataan yang berwarna dalam petikan ini:

Pada suatu hari, cuaca agak mendung. seekor semut telah terjatuh ke dalam sungai.Ia tidak dapat menyelamatkan diri."Oh Tuhan! Selamatkanlah aku,Tolong!,tolong!" jeritnya. Tiba-tiba seekor merpati yang sedang terbang terpandang akan semut.Ia merasa sangat kasihan.

"kasihah semut itu! Bagaimana aku hendak menolongnya?"bisiknya.Kemudian ia hinggap di sebatang pokok lalu memetik sehelai daun daripada pokok itu. Ia terus melemparkannya berhampiran semut.semut segera memanjat ke atas daun itu.Ia akhirnya terselamat.

"Terima kasih! Banyak-banyak" katanya seambil menangis."Saya berharap akan dapat membalas jasamu ini suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, semut ternampak seorang pemburu.Dia mengacukan sepucuk senapang ke arah merpati. Dia hendak menembaknya.

Semut masih ingat akan pertolongan merpati kepadanya tempoh hari."Bagaimana caranya aku hendak menolong merpati itu?" Katanya sendirian.Kemudian dia mendapat satu akal.Dengan segera ia merayap memanjat kaki pemburu itu. Semasa lelaki itu hendak menembak,ia menggigit kaki lelaki itu dengan kuat..

Gigitan itu menyebabkan pemburu itu mengalami kesakitan di kakinya.Dia tidak jadi untuk melepaskan tembakan. Merpati terselamat."Kamu adalah semut yang pintar dan baik hati," bisiknya di dalam hati lalu terbang.

Saturday 3 March 2012

Tugasan Pertama...

Sabtu 3 Mac 2012


Salam ceria untuk semua...tugasan pertama untuk semester 2 membina blog pengajaran dan pembelajaran..sesuatu yang nampak susah untuk dilaksanakan tetapi agak mudah bila bertemu dengan En. Zulkifli tutor KRT 3013 dan beliau mengajar kami sebaik mungkin...tetapi mesti bergantung pada kreativiti sendiri untuk menghasilkan blog yang bermutu dan bermakna...

Thursday 1 March 2012

Bahasa itu indah...


Khamis 1 Mac 2012

Salam ceria untuk semua pengunjung dan pembaca blog ini....tugasan pertama..bermain dengan bahasa adalah sesuatu yang indah dan menyenangkan....koleksi kata-kata yang dikarang dan digarapkan dalam gumpulan kata-kata meruntun hati pabila sering dibaca dan dihayati....

Moga-moga paparan mutiara kata ini menjadi sebahagian dari alunan hidup kita dan menjadi wadah kepada murid-murid kita untuk dihayati dan diamalkan...Insyaallah...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...