Pages

Renungan...

Followers

Sunday, 11 March 2012

Petikan Cerita...

Ahad 11 Mac 2012

Salam Ahad untuk semua pengunjung dan anak didik semua.Hari ini cikgu akan paparkan sebuah cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Kemudian beri makna pada perkataan yang berwarna merah. Selamat membaca dan menjawab soalan.

                                        Ibu Ayam Mengaku kalah

Ibu ayam mempunyai sikap yang kurang baik. Setiap kali bertelur,ia mahu menunjuk-nunjuk telurnya kepada sahabat-sahabatnya. Pada suatu hari,ibu ayam bertelur sebutir lagi.Ia melompat keluar dari dalam sangkar lalu berketak,"Kok! Kok! besarnya! Kok! Kok! Besarnya!"

Arnab datang apabila terdengar ketak-ketak ibu ayam. Ia berkata,"Telur kamu tidaklah besar. Telur itik lebih besar." Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata arnab.Ia hendak membandingkan telurnya dengan telur itik.Ibu ayam berlari pergi ke rumah itik. Ia berkata kepada itik,"Hai,aku dengar telur kamu lebih besar daripada telur aku."

Itik mengeluarkan telurnya sambil berkata,"Telur aku tidaklah besar.Telur angsa lebih besar."Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata itik.Ia berlari ke rumah angsa. Ibu ayam berkata kepada angsa,"itik kata telur kamu lebih besar daripada telurnya."Angsa mengeluarkan telurnya lalu berkata,"Telur aku tidak besar.Telur burung unta lebih besar daripada telur aku."

Ibu ayam tidak percaya kepada angsa.Ia pergi pula ke rumah burung unta.Ibu ayam berkata kepada burung unta,"hai,aku dengar kamu mempunyai telur yang sangat besar.Tolong tunjukkan aku telur kamu." Burung unta menunjuk ke arah telurnya di dalam sangkar lalu berkata,"Telurku ada di situ,lihatlah."Ibu ayam terkejut melihat telur burung unta lebih besar dari telurnya. Akhirnya ibu ayam mengaku kalah.

Sejak hari itu,ibu ayam tidak menunjuk-nunjuk telurnya lagi. setiap kali bertelur,ia akan berketak,"Kok!Kok! Cuba lagi.Kok!Kok! cuba lagi,".

1 comment:

  1. pertamanya penggunaan IA adalah untuk manusia sahaja..bg benda selain manusia tidak boleh digunakan perkataan IA sebagai kata ganti diri..namun begitu secara keseluruhannya cerita ini amat sesuai untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah..selain itu penggunaan perkataan yang digunakan juga agak bersesuain untuk difahami oleh kanak-kanak..tetapi diharapkan penggunaan "double meaning" tidak berlaku lagi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget