Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 19 November 2013

Kemahiran Membaca...

Selasa 19 Nov.2013




Salam Selasa untuk semua moga dirahmati. Ingin berkongsi info tentang pengertian membaca dalam konteks yang terarah.Moga pengenalan kepada definisi membaca ini dapat digunakan dalam assigment kita.

Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks.Ianya melibatkan keupayaan membaca secara pantas,memahami,mengingat fakta dan kebolehan membuat tafsiran secara bijak dan analistis. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.


 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...