Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday 5 May 2012

Kelebihan masing-masing...

Sabtu 5 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua terutamanya anak didik cikgu yang dikasihi. Hari ini cikgu paprkan sebuah cerita teladan yang  kita boleh berkongsi pengajaran yang terdapat di dalamnya. Selamat membaca.

Seekor unta sedang berbahas dengan seekor babi hutan.

Si unta berkata, "Adalah paling baik dengan adanya susuk badan yang tinggi. Kita berasa diri sendiri berada pada kedudukan tinggi yang mengatasi segala-galanya."

Si babi hutan berasa tidak puas hati lalu menyampuk, "Dengan susuk badan yang pendek adalah yang paling baik kerana senang menyembunyikan diri daripad musuh."

"Apa kata kalau kita mencari orang lain untuk mengadili hal ini. Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek yang lebih baik."

Si babi hutan bersetuju dengan cadangan si unta.

Mereka berdua berjalan ke sebuah taman botani. Taman tersebut dikelilingi oleh tembok yang rendah. Si unta berdiri di tepi tembok. Ia makan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam tanam sebagai makan tengah harinya.

Kemudian si unta mengejek si babi hutan, "Betulkah kata-kata aku? Susuk badan yang tinggi sememangnya membawa manfaat kepada aku!"

Si babi hutan berdiri di situ dan ketinggiannya cuma di bawah aras puncak tembok. Susuk badannya yang pendek itu menyebabkan dia tidak dapat melihat pemandangan yang cantik di dalam taman tersebut.

Tidak lama kemudian, mereka melalui taman botani yang sebuah lagi. Taman tersebut dipagari oleh tembok yang tinggi. Terdapat sebuah pintu kecil yang rendah sahaja pada tembok itu. Si babi hutan memasuki taman berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si unta tidak dapat memasuki taman itu.

Si babi hutan makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut sepuas-puasnya. Kemudian ia keluar dari taman lalu tersenyum sambil berkata kepad si unta, "Apa pendapat kau sekarang? Susuk badan yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang pendek lebih baik?"

Kedua-dua ekor haiwan tersebut saling berpandangan lalu berkata serentak, "Sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing."

Dengan itu, tidak perlulah mereka mencari pengadil lagi dalam hal tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...