Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, 5 May 2012

Kelebihan masing-masing...

Sabtu 5 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua terutamanya anak didik cikgu yang dikasihi. Hari ini cikgu paprkan sebuah cerita teladan yang  kita boleh berkongsi pengajaran yang terdapat di dalamnya. Selamat membaca.

Seekor unta sedang berbahas dengan seekor babi hutan.

Si unta berkata, "Adalah paling baik dengan adanya susuk badan yang tinggi. Kita berasa diri sendiri berada pada kedudukan tinggi yang mengatasi segala-galanya."

Si babi hutan berasa tidak puas hati lalu menyampuk, "Dengan susuk badan yang pendek adalah yang paling baik kerana senang menyembunyikan diri daripad musuh."

"Apa kata kalau kita mencari orang lain untuk mengadili hal ini. Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek yang lebih baik."

Si babi hutan bersetuju dengan cadangan si unta.

Mereka berdua berjalan ke sebuah taman botani. Taman tersebut dikelilingi oleh tembok yang rendah. Si unta berdiri di tepi tembok. Ia makan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam tanam sebagai makan tengah harinya.

Kemudian si unta mengejek si babi hutan, "Betulkah kata-kata aku? Susuk badan yang tinggi sememangnya membawa manfaat kepada aku!"

Si babi hutan berdiri di situ dan ketinggiannya cuma di bawah aras puncak tembok. Susuk badannya yang pendek itu menyebabkan dia tidak dapat melihat pemandangan yang cantik di dalam taman tersebut.

Tidak lama kemudian, mereka melalui taman botani yang sebuah lagi. Taman tersebut dipagari oleh tembok yang tinggi. Terdapat sebuah pintu kecil yang rendah sahaja pada tembok itu. Si babi hutan memasuki taman berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si unta tidak dapat memasuki taman itu.

Si babi hutan makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut sepuas-puasnya. Kemudian ia keluar dari taman lalu tersenyum sambil berkata kepad si unta, "Apa pendapat kau sekarang? Susuk badan yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang pendek lebih baik?"

Kedua-dua ekor haiwan tersebut saling berpandangan lalu berkata serentak, "Sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing."

Dengan itu, tidak perlulah mereka mencari pengadil lagi dalam hal tersebut.

Friday, 4 May 2012

Renungan Jumaat..

Jumaat 4 Mei 2012

Salam Jumaat untuk semua. Moga kehadiran hari Jumaat penghulu segala hari banyak menyedarkan kita bahawa singkatnya umur kita untuk menghadapi hari-hari mendatang yang semua orang akan menempuhnya selagi kita bernyawa. Justeru di kesempatan ini,marilah kita bermuasabah diri,merenung dalam diri,menerokai segala niat dan amalan kita samada dilunaskan atau terpendam begitu sahaja. Seperti sabda Junjungan kita Nabi Muhammmad S.A.W:

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi:
a) hartanya untuk  warisnya
b) nyawanya untuk Malaikat Maut.
c) dagingnya untuk ulat-ulat
d) tulangnya untuk tanah
e) amalan dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya.

Thursday, 3 May 2012

Kesihatan Yang baik...


 Rabu 3 Mei 2012.

 Salam untuk semua. Posting kali ini mengenai kesihatan yang baik dan patut diamalkan oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka berada dalam zon ingin menjaga kesihatan.

1.   Minumlah air sebanyak mungkin dengan kadar 8 gelas sehari  kerana  badan kita memerlukan  75% air yang lebih berfungsi untuk melindungi organ-organ utama dalam badan kita. Seperti otak kita memerlukan 90% air dan tidak mustahil jika sekiranya kita mengalami sakit kepala kerana kekurang air dalam badan kita sendiri. Setiap hari badan kita kehilangan 1.7 liter air melalui pepeluhan, penafasan dan perkumuhan.

2.  Senaman- senaman merupakan aktiviti fizikal yang patut diamalkan selama 20 minit sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sebenarnya senaman ini penting untuk menguatkan jantung dan tulang terutama kepada kaum wanita.

3.  Nutrien yang mencukupi dalam badan adalah penting dalam memastikan badan kita sihat sentiasa.Badan kita memerlukan Vitamin,protein dan Mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik.Tubuh  kita bergantung penuh kepada apa yang kita makan setiap hari.Bagi menambahkan nutrient yang tidak mampu kita makan,bolehlah diambil makanan tambahan dalam bentuk tablet sebagai inisitif bagi memenuhi kecukupan nutrient dalam badan kita.

P/S: antara tips yang perlu dan patut diamalkan mengikut keperluan badan kita. Kesihatan yang baik adalah berpunca dari sikap dan pemakanan  kita sehari-hari. Cegah sebelum parah. Amalkan makanan seimbang.Insyaallah kita akan sihat dengan mengucapkan  syukur kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Tuesday, 1 May 2012

Selamat Hari Pekerja..

Selasa 1 Mei 2012

Salam Selasa untuk semua dan Selamat hari pekerja kepada seluruh warga pekerja di Malaysia. Semoga produktiviti yang kita hasilkan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dalam kualiti yang boleh diberi manfaat bersama dan dituai bersama.Tema Hari Pekerja tahun ini PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFOMASI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...