Pages

Renungan...

Followers

Thursday, 20 June 2013

Tukar title blog...

Khamis 20 Jun 2013

Salam Sejahtera untuk semua.Moga di kesempatan ini kita dilimpahi rahmat dan keampunan yang berpanjangan dari Allah agar segala kerja buat kita mendapat berkat yang berpanjangan. Untuk makluman pembaca dan pengunjung blog PSS ini,admin sekarang telah dtukarkan ke sekolah lain dan medapat jawatan dalam pengurusan sekolah,maka admin tidak lagi sebagai GPM di SKFSR. Usaha untuk membangunkan blog ini adalah inisiatif sendiri tanpa melibatkan AJK PSS yang lain.Setelah perbincangan dibuat dengan beberapa AJK PSS Seri Rasau tiada seorang pun yang berkeupayaan untuk menjadi admin blog ini sebagai penyumbang utama dalam menyiarkan artikal tentang aktiviti sekolah dan mengekalkan tajuk blog ini.


Maka, pada pendapat admin blog ini akan diganti dengan blog pengajaran serta tugas-tugas admin dalam pengurusan kokurikulum di sekolah yang baru. Tajuk blog juga mungkin berubah dengan nama sekolah yang baru sebagai penanda aras dalam menyiarkan segala artikal serta aktiviti di sekolah yang baru. Harap penjelasan ini tidak mengaitkan admin dengan sekolah Seri Rasau lagi.

Saturday, 1 June 2013

Konsep Pentaksiran...satu tinjauan !

Sabtu 1 Jun 2013

Salam untuk semua. Intipati tajuk entry pada kali ini berkisar kepada Konsep Pentaksiran yang sering guru-guru gunakan di sekolah sebagai indikator dalam menentukan hala tuju P@P guru-guru. Menurut Jamil (2008) bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan maka pentaksiran adalah penyelesaiannya. Payne (2003) mencadangkan agar guru perlu menilai kembali proses penilaian yang dilaksanakan secara konvensional (kaedah peperiksaan) kepada amalan pentaksiran yang dapat menilai pelajar secara mendalam dan berkesan di sekolah.

Perubahan daripada memberi penekanan peperiksaan yang berasaskan kandungan (content based) kepada pentaksiran perlakuan yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) bagi domain psikomotor dan afektif manakala daripada yang bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada ujian kebolehan am (general ability test) bagi domain kognitif.

Pentaksiran seharusnya menjadi satu kaedah penilaian yang mampu menilai kebolehan pelajar berdasarkan kepada domain psikmotor,kognitif dan afektif secara menyeluruh,bersepadu dan berkesan khususnya dalam mata pelajaran pendidikan Kesihatan.

Ciri-ciri Pentaksiran
Terdapat 6 ciri-ciri pentaksiran iaitu:
  • Menekankan perkembangan individu.
  • Berdasarkan kepada kemampuan pelajar dan bukan untuk perbandingan antara pelajar.
  • Menggalakan penilaian kendiri dengan melatih pelajar menilai kemajuan sendiri secara berterusan.
  • Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek,rohani,emosi,fizikal dan sosial.
  • Penilaian menyeluruh melibatkan domain kognitif (pengetahuan),psikomotor (kemahiran) dan afektif( nilai murni) dan
  • Melibatkan perkembangan modal insan
Matlamat utama pentaksiran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran pelajar di samping memberi  maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.Manakala tujuan pentaksiran adalah untuk:
  • Mengesan perkembangan pemahaman,sikap dan kemahiran pelajar secara menyeluruh.
  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran lebih awal dari masa ke semasa.
  • Merekodkan kemajuan pembelajaran pelajar.
  • Mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran.
  • Memantau kesesuaian penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget