Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday 1 June 2013

Konsep Pentaksiran...satu tinjauan !

Sabtu 1 Jun 2013

Salam untuk semua. Intipati tajuk entry pada kali ini berkisar kepada Konsep Pentaksiran yang sering guru-guru gunakan di sekolah sebagai indikator dalam menentukan hala tuju P@P guru-guru. Menurut Jamil (2008) bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan maka pentaksiran adalah penyelesaiannya. Payne (2003) mencadangkan agar guru perlu menilai kembali proses penilaian yang dilaksanakan secara konvensional (kaedah peperiksaan) kepada amalan pentaksiran yang dapat menilai pelajar secara mendalam dan berkesan di sekolah.

Perubahan daripada memberi penekanan peperiksaan yang berasaskan kandungan (content based) kepada pentaksiran perlakuan yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) bagi domain psikomotor dan afektif manakala daripada yang bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada ujian kebolehan am (general ability test) bagi domain kognitif.

Pentaksiran seharusnya menjadi satu kaedah penilaian yang mampu menilai kebolehan pelajar berdasarkan kepada domain psikmotor,kognitif dan afektif secara menyeluruh,bersepadu dan berkesan khususnya dalam mata pelajaran pendidikan Kesihatan.

Ciri-ciri Pentaksiran
Terdapat 6 ciri-ciri pentaksiran iaitu:
  • Menekankan perkembangan individu.
  • Berdasarkan kepada kemampuan pelajar dan bukan untuk perbandingan antara pelajar.
  • Menggalakan penilaian kendiri dengan melatih pelajar menilai kemajuan sendiri secara berterusan.
  • Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek,rohani,emosi,fizikal dan sosial.
  • Penilaian menyeluruh melibatkan domain kognitif (pengetahuan),psikomotor (kemahiran) dan afektif( nilai murni) dan
  • Melibatkan perkembangan modal insan
Matlamat utama pentaksiran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran pelajar di samping memberi  maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.Manakala tujuan pentaksiran adalah untuk:
  • Mengesan perkembangan pemahaman,sikap dan kemahiran pelajar secara menyeluruh.
  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran lebih awal dari masa ke semasa.
  • Merekodkan kemajuan pembelajaran pelajar.
  • Mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran.
  • Memantau kesesuaian penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...