Pages

Renungan...

Followers

Monday, 25 February 2013

Beza kata akar dan kata dasar...

Isnin 25 Feb. 2013

Salam Sejahtera untuk semua.Topik perbincangan kita kali ini berkisar kepada dua perkataan yang kalau diperhatikan mempunyai maksud dan makna yang sama.Tetapi bila diteliti menerusi kamus tatabahasa ternyata perbedaan itu amat jelas. Definisi kata akar ialah perkataan yang belum diberi apa-apa imbuhan yang boleh merupakan morfem bebas. contohnya rawat dalam perkataan jururawat atau morfem terikat seperti jatuh dalam perkataan terjatuh.

Manakala kata dasar pula ialah perkataan yang  menjadi dasar dalam sesuatu perkataan sama ada perkataan itu telah menerima imbuhan atau belum menerima imbuhan.contoh paksa menjadi terpaksa. Dalam konteks perbincangan kita,kata akar bagi perkataan keterpaksaan ialah paksa.Manakala kata dasarnya ialah terpaksa.  kesimpulannya,kata akar boleh menjadi kata dasar tetapi kata dasar tidak semestinya menjadi kata akar.

Sunday, 24 February 2013

Kata Baru dan Baharu...satu perbandingan!

Ahad 24 Feb.2013

BANYAK pertanyaan daripada guru dan pelajar tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?
.
Isu penggunaan kedua-dua perkataan itu sebenarnya sudah bermula semenjak tahun 2007. Mulai awal tahun itu, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan perkataan baharu menggantikan perkataan baru. Isu ini sudah dijelaskan dalam surat siaran Suara Bahasa yang diterbitkan untuk Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah keluaran Januari 2007. Kemudiannya, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Sallehuddin Abang Shokeran memberi kenyataannya melalui ruangan “Surat” dalam Berita Harian, untuk menjawab pertanyaan pengguna bahasa melalui ruangan yang sama. Terdapat dua konteks jawaban yang dapat diberikan untuk menjelaskan penggunaan dua kata tersebut.
.
Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharu merupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.
.
Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan.

Contoh:

  • baru makan
  • baru pulang
  • baru bergerak

Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi.

Contoh:

  • kereta baharu
  • perjanjian baharu
  • pakaian baharu

Oleh sebab fungsinya berbeza, kedua-dua perkataan itu sewajarnya tidak digunakan secara bertukar.

Friday, 22 February 2013

Muzik dan kanak-kanak...satu tinjauan!

Jumaat 22 Feb.2013


Muzik sememangnya sinonim dan juga telah menjadi sebahagian daripada budaya  dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat  terangsang kepada  bunyi muzik yang mereka dengari.  Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi.

Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diimplimentasikan di seluruh negara dan mata pelajaran muzik telah diwajibkan untuk semua murid sekolah rendah bermula dari tahun satu. Pada tahun 1989 sebagai kesinambungan program KBSR, KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) telah dilaksanakan di semua sekolah menengah. Malangnya, mata pelajaran muzik tidak termasuk dalam KBSM pada masa itu kerana sebabkan masalah kekurangan tenaga pengajar muzik. Tetapi pada tahun 1996 kesedaran tentang kepentingan muzik mula timbul dan beberapa buah sekolah menengah di Malaysia telah dipilih sebagai sekolah perintis mata pelajaran muzik KBSM.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011memuatkan Kurikulum Muzik Sekolah Rendah yang  merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:
i. Pengalaman Muzikal
ii. Penghasilan Muzik
iii. Apresiasi Muzik
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Kanak-kanak pada umumnya sangat  kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik.Muzik dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan kognitif seperti peningkatan minda dan boleh memberi sebab serta memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan deria motor kanak-kanak.Kanak-kanak yang aktif atau terlibat secara langsung dalam muzik akan dapat:

  •    Menguasai kemahiran membaca dan matematik dengan baik apabila mula memasuki     alam persekolahan.
  •     Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor.
  •     Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  •     Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan Dengan menikmati muzik   bersama rakan kanak-kanak akan mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya.
  •      Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan.
  •      Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.
  •    Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa seronok . 

Monday, 18 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah...

Isnin 18 Feb.2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 7 Februari 2013 hari Khamis. Semua murid dan guru menjayakan perarakan ini dengan tema WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH. Perarakan ini juga disertai dengan pelajar-pelajar sekolah Menengah dan juga belia di kawasan Felda Kerteh 2 dan 3. Banyak program yang dirangka seperti ceramah, pembacaan puisi dan pertandingan Busana Muslim dan Muslimah diadakan.











Wednesday, 13 February 2013

Majlis Temu Murni Murid Tahun 6...

Rabu 13 Feb.2013

Assalamulaikum dan Salam Sejatera. Satu majlis pertemuan di antara ibu bapa dan guru serta murid-murid tahun 6 diadakan di Dewan Perkasa Sk Felda Seri Rasau. Majlis pembacaan ikrar murid-murid tahun 6 untuk mencapai target cemerlang dalam UPSR telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun iaitu Encik Idris Bin Bidin. Majlis Temu Murni ini merupakan acara tahunan sekolah sebagai janji murid-murid kepada ibu bapa mereka serta guru-guru untuk mencapai prestasi cemerlang dalam UPSR nanti.Majlis ini diadakan pada Rabu 6 Februari 2013.

Pendaftaran ibu bapa yang hadir

Ucapan Tuan Guru Besar

ucapan dari PPD Dungun.

penyampaian cenderahati kepada PPD Dungun


Pembacaan ikrar beramai-ramai...



Sebahagian ibu bapa yang hadir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget