Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday 22 February 2013

Muzik dan kanak-kanak...satu tinjauan!

Jumaat 22 Feb.2013


Muzik sememangnya sinonim dan juga telah menjadi sebahagian daripada budaya  dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat  terangsang kepada  bunyi muzik yang mereka dengari.  Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi.

Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diimplimentasikan di seluruh negara dan mata pelajaran muzik telah diwajibkan untuk semua murid sekolah rendah bermula dari tahun satu. Pada tahun 1989 sebagai kesinambungan program KBSR, KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) telah dilaksanakan di semua sekolah menengah. Malangnya, mata pelajaran muzik tidak termasuk dalam KBSM pada masa itu kerana sebabkan masalah kekurangan tenaga pengajar muzik. Tetapi pada tahun 1996 kesedaran tentang kepentingan muzik mula timbul dan beberapa buah sekolah menengah di Malaysia telah dipilih sebagai sekolah perintis mata pelajaran muzik KBSM.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011memuatkan Kurikulum Muzik Sekolah Rendah yang  merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:
i. Pengalaman Muzikal
ii. Penghasilan Muzik
iii. Apresiasi Muzik
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Kanak-kanak pada umumnya sangat  kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik.Muzik dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan kognitif seperti peningkatan minda dan boleh memberi sebab serta memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan deria motor kanak-kanak.Kanak-kanak yang aktif atau terlibat secara langsung dalam muzik akan dapat:

  •    Menguasai kemahiran membaca dan matematik dengan baik apabila mula memasuki     alam persekolahan.
  •     Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor.
  •     Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  •     Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan Dengan menikmati muzik   bersama rakan kanak-kanak akan mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya.
  •      Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan.
  •      Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.
  •    Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa seronok . 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...