Rabu 17 Oktober 2012
Assalamulaikum. Moga dirahmati. Posting kali ini mengenai program yang telah dijalankan oleh guru dan murid-murid tahun 6 selepas UPSR. Program Pengurusan Jenazah ini telah dijalankan dengan kerjasama Panitia Agama Islam Sekolah. Seramai 40 orang murid telah mengikuti kursus ini dengan diajar secara amali sebagai penduan kepada murid-murid ini. Ucapan tahniah dan syabas juga kepada adik Qasrul yang berani menjadi model sepanjang kursus ini berlangsung. Tujuan kursus ini diadakan sebagai panduan kepada mereka jika melibatkan kematian dalam keluarga mereka.
Wednesday, 17 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
Anugerah Nilam...
Selasa 9 Okt.2012
Salam untuk semua. Pada hari Ahad yang lalu semasa perhimpunan mingguan seramai 10 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 menerima hadiah sempena penyampaian hadiah untuk mereka yang banyak membaca buku untuk program Nilam bulan Ogos dan September yang lalu. Sebahagian daripada mereka juga boleh menjadi rakan pembaca kerana sudah melepasi bacaan 200 buah buku.
Rakan pembaca ini akan dijalankan semasa perhimpunan minggu depan. Dari sini mereka boleh mengumpul seberapa banyak mata berdasarkan jumlah pendengar. Penyampian hadiah ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Zainal Abin Bin Hassan. Dalam ucapan beliau,mengingatkan kepada semua supaya mengiatkan lagi pembacaan untuk memperolehi pingat NILAM.

Tuesday, 2 October 2012
Koir Prasekolah Tempat ke 3...Tahniah!
Salam Selasa untuk semua.Moga dirahmati. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Koir SK Felda Seri Rasau kerana berjaya mendapat tempat ke 3 di peringkat negeri.Pertandingan ini telah diadakan di SK Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu pada 2 Okt. 2012. Pasukan sekolah mewakili daerah Dungun ke pertandingan tersebut.
Ini merupakan peryertaan kali ke dua pasukan sekolah,di mana pada tahun lepas kami mendapat naib johan.Mungkin nasib tidak menyebelahi kita pada kali ini. InsyaAllah pada tahun depan kita sekali lagi akan mencuba nasib dan akan memastikan segala kelemahan itu dapat diperbaiki. Pada guru-guru yang terlibat diucapkan terima kasih kerana komitment yang padu,berpasukan serta bersungguh-sungguh kita mampu mencipta sejarah sekali lagi.
Johan pasukan dari daerah Setiu
Naib Johan pasukan dari KTU
Tempat ke-3 Dungun.
Monday, 1 October 2012
Sukan Sekolah...
Salam Isnin untuk semua...semoga dirahmati dalam apa jua tugasan yang diberikan. Seperti biasa koleksi foto sukan sekolah yang diadakan pada 27 Oktober 2012 hari Khamis bertempat di padang SK Felda Seri Rasau. Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil dari PPD Dungun.
Banyak acara telah dipertandingkan melibatkan murid prasekolah,tahap 1 dan tahap 2. Acara dumulai seawal 8 pagi dengan perbarisan lintas hormat di depan para dif dan ibu bapa. Acara sukaneka melibatkan murid prasekolah dan tahap 1. Rumah Kuning masih mengungguli setiap acara dan dinobatkan johan keseluruhan pertandingan dan diikuti Rumah Biru sebagai naib Johan.
Seperti ucapan PPD dan Guru Besar menyatakan sukan 1M1S adalah aktiviti yang patut diadakan setiap tahun demi melahirkan ramai atlet yang berwibawa di peringkat sekolah dan negeri. Sehubungan dengan itu.beliau menyarankan agar acara sukan ini dijadikan acara tahunan.
Subscribe to:
Posts (Atom)