Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal hijrah...

Rabu 14 Nov.2012

Salam Maal Hijrah untuk semua....


Melangkah ke tahun 1434 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.
 
Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Aset yang terbesar untuk menyerlahkan potensi diri ialah akal kita. Melalui akal dan kepintaran, kita membina kehidupan yang mendasari asas penciptaan manusia. Ayat 56 surah Az-Dzariat yang bermaksud;

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”



Selamat Bercuti...

Rabu 14 Nov 2012

Salam bahagia.Selamat bercuti kepada semua anakdidik,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga cuti panjang ini dimaafaatkan sepenuhnya aktiviti yang berfaedah. Kepada anak didik sekalian,jauhilah tempat-tempat yang mendatangkan bahaya. Penuhi aktiviti cuti dengan mengulangkaji dan membaca buku teks yang telah dibekalkan...




Thursday 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah...

Khamis 8 Nov.2012

Salam Sejahtera.Moga dirahmati. Baru-baru ini berlangsung Hari Augerah Cemerlang peringkat sekolah yang telah diadakan pada 5 Nov 2012 hari Isnin. Majlis bertempat di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun iaitu En.Wan Mohd Ridwan Wan Ismail. Dalam ucapan beliau mengingatkan para ibu bapa sentiasa mengambil cakna pelajaran anak-anak sebagai aset yang berguna untuk kepentingan mereka sendiri bila besar kelak. Justeru, pihak sekolah juga diminta memastikan segala P@P berjalan dengan lancar dan segala program yang dirancangkan hendaklah dijayakan sehabis baik.

Murid-murid yang cemerlang akademik,sahsiah,kehadiran penuh serta cemerlang kokurikulum diberikan hadiah sebagai sumbangan dan perhargaan mereka mengharumkan nama sekolah serta pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun. Juga,lebih memantapkan lagi majlis disusuli dengan persembahan tarian dari pra sekolah juga koir dari murid-murid tahun 3,4 dan 5. Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam majlis tersebut diucapkan ribuaan terima kasih.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...