Jumaat 1 Mac 2013
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung. Seperti biasa entry pada hari ini kita singkap pengertian morfologi dalam konteks perbandingan dengan sumber serta tokoh-tokoh bahasa sebagai indikator dalam topik ini.
Menurut Nik Safiah Karim (1996) Morfologi adalah bidang ilmu yang mengkaji:
- Struktur
- Bentuk
- Penggolongan kata.
Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat(2005) mendefinisikan bahawa Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuklah:
- Infleksi (pengimbuhan)
- Terbiatan dan
- Pemajmukan.
Raminah Hj. Sabran Dan Rahim Syam(1985) melihat Morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Manakala Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob(1993) menyatakan bahawa morfologi ialah:
- Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-kata.
- Bidang ilmu bahasa yang membincangkan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan pengertian kata.
No comments:
Post a Comment