Rabu 13 Mac.2013
Salam Hormat. Moga dirahmati. Entry petang ini berkisar kepada bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi,fonetik akustik dan fonetik auditori.
a) Fonetik Artikulasi- ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi yang akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru,larings,rongga mulut,hidung dan bibir.Maksudnya fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir.Antara sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan bagaimanakah cara menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat yang kebiasaannya diaplikasikan oleh ramai guru di dalam bilik darjah.
b) Fonetik Akustik- ialah bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek penting kajian ini adalah berkaitan dengan nada,ton,kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Ke semua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisi melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi. Sumbangan utama bidang ini ialah untuk membantu penutur menuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.
c) Fonetik Auditori- Fonetik Auditori adalah ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian pendengaran meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga.Kajian tentang proses memungut rangsangan,menyalurkan rangsangan ke otak dan seterusnya menganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihan khususnya dalam masalah pendengaran bahasa.
No comments:
Post a Comment