Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, 19 April 2012

Peranan Peribahasa Melayu...

Khamis 19 April 2012

Salam khamis untuk semua. Terpanggil untuk meluahkan pendapat mengenai Peranan Peribahasa Melayu dalam masyarakat kita pada hari ini. Seolah-olahnya kata kiasan ini sering dilupakan dan kurang diberi perhatian sewajarnya. sedangkan dari kata-kata yang dikarang tersebut luhur bahasa yang sangat indah yang di dalamnya cukup banyak mengandungi unsur-unsur nasihat,teguran secara tidak langsung tetapi halusnya butir bicaranya menyebabkan mereka yang ditegur tidak berkecil hati.

Sebagai bahasa kiasan yang telah wujud zaman-berzaman, sama usianya dengan kewujudan bangsa dan bahasa Melayu peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh sebab itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup dari segi pengajaran dan teladan, untuk menghiasi karangan dan percakapan, di samping mendalami penguasaan bahasa Melayu.Contohnya:

Ada batang mati adalah cendawan tumbuh.
Ertinya; Tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki.

Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang ~~ sesuatu perkara itu tidak akan berlaku atau terjadi jika tidak ada sebabnya.

Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.
Maksudnya : Orang yang senantiasa saling menolong.

Kusut diselesaikan, keruh diperjernihkan ~
Maksudnya : Pergaduhan (persengketaan) mestilah diselesaikan

~ Jangan puntung berasap jua ~
Maksudnya : Pertelingkahan atau masalah yang telah selesai itu jangan ditimbulkan semula.

Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya
maksudnya orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut

Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau
Maksud : Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.

Tonton sedutan peribahasa ini sebagai bahan pengajaran yang paling berkesan untuk anak murid kita.Selamat Menonton...



2 comments:

  1. Video sangat menepati dengan tajuk iaitu peranan Peribahasa Melayu

    ReplyDelete
  2. tq...sambil menonton boleh tahu maksudnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...