Pengenalan
Di Malaysia, bahasa
Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa
pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun1957. Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalamPerlembagaan
Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula
diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasaMelayu sebagai
bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dankemudian dalam
Akta Pendidikan 1996. Kedudukan istimewa yang diberikan kepadabahasa Melayu ini
berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai “Negara Baharu”.
Proses pembinaan negara ini bermaksud proses pewujudan negara
bangsa yang berasaskan jati diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang
kaum.Dalam konteks ini, bahasa Melayu dijadikan unsur pembinaan jati diri
rakyatMalaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum.Peranan yang
dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
memelihara kestabilan masyarakat dan negara. Hal ini pernah
ditegaskan oleh Asmah (1982 : 22):
Dalam konteks perbincangan tentang penulisan karangan ini
maksud Penulisan merupakan
penghasilan teks karangan, iaitu melibatkan proses dan hasil. Proses adalah
menulis dan mengeluarkan idea, manakala hasil adalah buah fikiran yang telah
dikeluarkan menjadi sebuah cerita yang lengkap. Justeru, Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi
yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Sesuatu penulisan bertujuan
untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat, idea kepada pembaca.
Don Bryne ( 1979 ) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
yang kita buat semasa kita bercakap.
Kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman yang dilalui. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid
menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin,
2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai
sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat
bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang
tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat
disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000).
Manakala
penulisan karangan pula melibatkan penghasilan dan penyusunan ayat-ayat dengan
cara yang sesuai mengikut kehendak penulis itu sendiri,individu atau orang yang
terlibat secara langsung dengan apa-apa yang ditulis sama ada untuk diri
sendiri atau untuk tatapan dan bacaan awam. Penghasilan sesebuah karangan
adalah aktiviti yang cukup kompleks yang pada pendapat saya memerlukan
kepelbagaiaan kemahiran yang perlu dikuasai oleh penulis itu sendiri.
Beberapa cadangan yang
difikirkan perlu bagi
meningkatkan prestasi pengajaran
dan potensi pembelajaran murid
untuk meningkatkan kemahiran
menulis karanganmurid sekolah rendah
antaranya, iaitu
pengajaran asas kemahiran menulis
seharusnya diberikan penekanan
yang serius agar
murid dapat menguasainya. Pengajaran
Bahasa Melayu seharusnya
disampaikan dalam pendekatan yang lebih
menarik dengan kepelbagaian
bahan bantu mengajar
serta kaedah pengajaran yang
menarik dan mampu
memperkembangkan lagi keupayaan
kemahiran membaca dan menulis
murid. Guru-guru boleh
menggunakan karangan berpandu kepada murid-murid. Di samping itu,guru boleh
menggunakan gambar bersiri sebagai panduan untuk mereka memulakan sesebuah
karangan.Karangan berpandu ini mampu membina rangsangan kepada murid-murid untuk
mencari isi-isi penting berdasarkan gambar yang dilihat.
Apa yang pasti, murid-murid ini kurang di dedahkan kepada bacaan umum
yang sepatutnya mereka kuasai untuk menambahkan penbendaharaan kata sebagai
pelengkap kepada menulis karangan yang baik. Kurang membaca di kalangan mereka
menyebabkan mereka kurang idea untuk mendapatkan maklumat dan memperkembangkan
isi-isi penting dalam setiap karangan yang dikarang.
Murid-murid ini juga perlu di dedahkan untuk membina rangka karangan
setiap kali mereka hendak memulakan sesebuah karangan. Membina rangka karangan
penting untuk melatih mereka mengarang mengikut turutan isi tanpa menulis isi
karangan yang berulang-ulang kerana mereka sudah meluahkan idea atau isi yang
ingin dikembangkan pada satu-satu perenggan
Di samping juga, Kepelbagaian
kaedah dapat membentuk
murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses
pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.Selain itu,
penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik,
bersesuaian dengan tahap kebolehan
perkembangan intelek murid
semasa merencanakan isi pelajaran
dapat merangsangkan minat
murid dan bermotivasi
untuk terus belajar.Bahan
bantu mengajar hendaklah
digunakan secara optimum
dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran
bermakna dan meninggalkan
kesan positif dalam
diri murid. Menurut Muhamad
Hasan (2000), penggunaan
media bertujuan untuk memudahkan guru
dan murid berinteraksi
atau perhubungan dua
hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak
balas. Usaha yang berterusan
pihak pengurusan sekolah seharusnya
konsisten menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid
lembam menguasai menulis dengan
mengadakan kelas pemulihan.
Seminar serta kursus
yang bermanfaat seharusnya
diberikan penekanan yang
jelas kepada guru dengan
memberi maklumat dan
input tentang keperluan
khas murid-murid lembam menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
Selain itu, ujian
pencapaian murid mempunyai had
tempoh masa dan
dijalankan secara sistematik
bagi menilai keberkesanan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam. Persepsi
guru tentang imej
murid lembam yang
memerlukan bantuan pemulihan seharusnya
positif dan mempunyai
kesedaran bahawa mereka
seharusnya dilayan secara saksama
dan berpotensi untuk
berjaya sama seperti
rakan mereka yang beruntung.
Tambahan lagi, kesabaran
serta ketekunan guru
amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang
lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih
banyak kursus khas
kepada guru-guru yang
terlibat dalam permasalahan kemahiran
membaca dan menulis.
Selain itu, penerbitan
teks panduan guru pemulihan
bertujuan memberikan input
tentang kaedah pengajaran
yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan
kemahiran menulis.