Ahad 24 Feb.2013
BANYAK pertanyaan daripada guru dan pelajar
tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang
manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?
.
Isu penggunaan kedua-dua perkataan itu sebenarnya sudah bermula semenjak tahun 2007. Mulai awal tahun itu, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan perkataan baharu menggantikan perkataan baru. Isu ini sudah dijelaskan dalam surat siaran Suara Bahasa yang diterbitkan untuk Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah keluaran Januari 2007. Kemudiannya, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Sallehuddin Abang Shokeran memberi kenyataannya melalui ruangan “Surat” dalam Berita Harian, untuk menjawab pertanyaan pengguna bahasa melalui ruangan yang sama. Terdapat dua konteks jawaban yang dapat diberikan untuk menjelaskan penggunaan dua kata tersebut.
.
Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharu merupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.
.
Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan.
Contoh:

- baru makan
- baru pulang
- baru bergerak
Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi.
Contoh:
- kereta baharu
- perjanjian baharu
- pakaian baharu
Oleh sebab fungsinya berbeza, kedua-dua perkataan itu sewajarnya tidak digunakan secara bertukar.
No comments:
Post a Comment