Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, 30 April 2013

Sihat sepanjang hayat...!

Selasa 30 April 2013

Salam Sejahtera. Bertemu kembali. Entri hari ini mengenai sihat sepanjang hayat dan kaedah yang paling sesuai mengajar murid-murid kita mengekalkan kebersihan dan menjadikan budaya menjaga kebersihan satu amalan yang patut dikekalkan sepanjang hayat.

MENURUT ajaran Islam, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Meskipun ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan, ramai orang dewasa tidak mengamalkan tabiat menjaga kesihatan asas seperti membasuh tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.Tetapi mengapakah kebersihan jauh lebih penting untuk kanak-kanak daripada orang dewasa? Ini kerana kanak-kanak lebih terdedah kepada kesan kuman dan bakteria. Kanak-kanak kerap terdedah kepada kuman dan bakteria dan memindahkan lebih banyak jangkitan kuman dan bakteria berbanding orang dewasa kerana sistem pelalian mereka belum cukup kuat untuk menentang keba-nyakan penyakit biasa. Dengan demikian, kuman dengan mudah boleh me-nyebabkan penyakit.
Cara yang baik untuk mula menyemai tabiat menjaga kebersihan di kalangan kanak-kanak adalah dengan membersihkan diri menggunakan sabun lima kali setiap hari, terutamanya ketika mandi, selepas menggunakan tandas serta sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sebaik-baiknya, semaikan tabiat menggunakan sabun antibakteria di kalangan kanak-kanak sejak dari kecil memandangkan usaha mengubah tabiat lebih mudah kerana mereka lebih cepat belajar dan lebih bersedia menerima perubahan.


Kanak-kanak perlu diajar cara menjaga kesihatan sejak kecil. Namun demikian, bukan mudah untuk menukar tabiat buruk yang mungkin sudah sebati dalam jiwa mereka. Kerana itu, ibu bapa, pengasuh dan guru boleh memainkan peranan dengan menunjukkan contoh yang baik dan amalan yang betul.


Kanak-kanak belajar melalui teladan dan dengan melihat orang dewasa menjaga kebersihan, mereka akan mencontohi perbuatan ibu bapa, penjaga atau guru mereka.
Untuk menukar tabiat lama dengan tabiat baru, kita mesti bersungguh-sungguh untuk selama sekurang-kurangnya 21 hari. Ini adalah sebahagian daripada Peraturan Menukar Tabiat yang disarankan oleh kebanyakan pakar.

Menurut mereka, otak kita memerlukan masa kira-kira 21 hari untuk menukar program lama. Buat permulaan, mungkin sukar dan mencabar untuk kita menukar tabiat lama tetapi dengan disiplin yang kuat sepanjang minggu pertama, kita pasti berjaya. 















1 comment:

  1. lagi sihat jika makan suplemen harian.. marilah baca di sini http://dhiahannahstory.blogspot.com/2013/04/khasiat-esp-terbukti.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...