Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday, 18 January 2013

Rekabentuk Kurikulum...

Jumaat 18 Jan.2913

Topik pada hari ini  apakah yang menjadi asas dalam sesuatu bentuk mata pelajaran?.Secara umumnya,penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendididkan,politik sesebuah negara,sejarah,keadaan sosial serta budaya,aliran semasa dan banyak lagi.Umpamanya dalam era globalisasi,kurikulum yang dibentuk bersifat kearah menyediakan global education expertise  selain insan ulu al-bab. Dalam konteks Malaysia,secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.

Selain itu,kandungan serta kaedah pemyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi,sosial,politik dan teknologi masa kini dan akan datang.Mengikut UNESCO,penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan kepada 4 tonggak utama iaitu:

  • belajar untuk mengetahui(learning to know)
  • belajar untuk bertindak(learning to do)
  • belajar untuk membentuk peribadi(learning to be)
  • belajar untuk hidup bersama(learning to live together)
Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu(dimensi intrinsik) dan keperluan sosial(dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...