Jumaat 9 Mac 2012
Assalamulaikum dan Salam Jumaat untuk semua anak didik yang dikasihi....Hari ini cikgu akan masukkan latihan perkataan berlawan untuk disiapkan di rumah sepanjang cuti seminggu ini. Harap murid-murid sentiasa peka kerana latihan ini akan diberikan secara berterusan sepanjang cuti ini.
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan perkataan berlawan yang betul.
1. Berat lawan................. 8. Senang lawan............
2. Tinggi lawan................ 9. Jauh lawan................
3. Sakit lawan................. 10. Sunyi lawan.............
4. Tidur lawan................ 11. Tenang lawan...........
5. Cerah lawan.............. 12. Suka lawan...............
6. Malam lawan............ 13. Buka lawan..............
7. Ingat lawan................ 14. Segera lawan............
bagi menjadikan soalan ini lebih menarik minat kanak-kanak untuk mencuba..disarankan agar penggunaan visual ataupun gambar diaplikasikan..dalam masa yang sama kanak-kanak dapat membayangkan bagaimana keadaan seperti contoh tinggi, rendah, siang, malam dan sebagainya..ini dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi :)
ReplyDelete