Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal hijrah...

Rabu 14 Nov.2012

Salam Maal Hijrah untuk semua....


Melangkah ke tahun 1434 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.
 
Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Aset yang terbesar untuk menyerlahkan potensi diri ialah akal kita. Melalui akal dan kepintaran, kita membina kehidupan yang mendasari asas penciptaan manusia. Ayat 56 surah Az-Dzariat yang bermaksud;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”



Selamat Bercuti...

Rabu 14 Nov 2012

Salam bahagia.Selamat bercuti kepada semua anakdidik,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga cuti panjang ini dimaafaatkan sepenuhnya aktiviti yang berfaedah. Kepada anak didik sekalian,jauhilah tempat-tempat yang mendatangkan bahaya. Penuhi aktiviti cuti dengan mengulangkaji dan membaca buku teks yang telah dibekalkan...




Thursday, 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah...

Khamis 8 Nov.2012

Salam Sejahtera.Moga dirahmati. Baru-baru ini berlangsung Hari Augerah Cemerlang peringkat sekolah yang telah diadakan pada 5 Nov 2012 hari Isnin. Majlis bertempat di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun iaitu En.Wan Mohd Ridwan Wan Ismail. Dalam ucapan beliau mengingatkan para ibu bapa sentiasa mengambil cakna pelajaran anak-anak sebagai aset yang berguna untuk kepentingan mereka sendiri bila besar kelak. Justeru, pihak sekolah juga diminta memastikan segala P@P berjalan dengan lancar dan segala program yang dirancangkan hendaklah dijayakan sehabis baik.

Murid-murid yang cemerlang akademik,sahsiah,kehadiran penuh serta cemerlang kokurikulum diberikan hadiah sebagai sumbangan dan perhargaan mereka mengharumkan nama sekolah serta pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun. Juga,lebih memantapkan lagi majlis disusuli dengan persembahan tarian dari pra sekolah juga koir dari murid-murid tahun 3,4 dan 5. Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam majlis tersebut diucapkan ribuaan terima kasih.







Tuesday, 23 October 2012

Kem Membaca 1 Malaysia...

Selasa 23 Oktober 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.....

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)  telah diadakan di SK Felda Seri Rasau pada 21 Oktober 2012 bertempat di Dewan Gemilang sekolah.Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Zainal Abidin B. Hassan. Majlis diadakan serentak di semua sekolah dan pelancaran di peringkat kebangsaan akan diadakan pada Rabu 24 Oktober 2012. Berbagai acara telah diadakan sempena kem membaca ini yang bermula pada 22 Oktober sehingga 25 oktober 2012. Tema yang diketengahkan ialah "Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia"

Dalam ucapan perasmian oleh Guru Besar,beliau mengingatkan supaya semua murid mewujudkan semangat cintakan buku dan program yang murni ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru. Beliau juga menegaskan bahawa adalah rugi kepada murid-murid jika peluang dan ruang ini tidak diberi perhatian dan diambil mudah oleh murid. Beliau juga meminta semua murid mengikuti setiap aktiviti yang dirancangkan agar objektif untuk melihat semua murid menjadi ulat buku tercapai dan berjalan seperti biasa walaupun selepas program ini selesai.

Antara program yang dirangka ialah:
  1. Pameran buku
  2. Bicara buku
  3. Pertandingan mewarna untuk tahap 1
  4. Pertandingan bercerita untuk tahap 2
  5. Pertandingan Kuiz
  6. Pertandingan menyusun gambar-murid Prasekolah
  7. Pantun Teka-teki
  8. Tayangan video.cerita kanak-kanak
Semoga program yang berlangsung selama 4 hari ini memberi input yang berguna kepada murid-murid dan menjadikan budaya membaca sebahagian dari hidup mereka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...