Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, 17 January 2013

Selangkah ke sekolah...kembali!

Khamis 17 Jan.2013

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan anak didik. Lama tidak update blog pusat sumber sebagai wadah dalam melestarikan pendidikan bertaraf dunia.kekangan masa dan tugasan awal tahun kepada GPM memaksa ruang ni dibiarkan tanpa ada catatan yang tulus dan mulus.

Selangkah ke sekolah..kembali tajuk entry sebagai pembuka tirai untuk tahun baru .Banyak program sekolah akan menyusul seperti biasa berpandukan kepada takwim pengurusan media yang menjadi penanda aras dalam melaksanakan aktiviti yang menjadi indikator dalam pengajaran dan pembelajaran guru.


CARTA GANTT PUSAT SUMBER SK FELDA SERI RASAU 2013
BIL.
AKTIVITI
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGOS
SEP
OCT
NOV
DIS
1
Mesyuarat AJK Induk /AJK Kerja /AJK Nilam












2
Meyuarat Agung Badan Pengawas Pusat Sumber Bestari












3
Agihan tugas pustakawan












4
Gotong – royong












5
Pelancaran Progaram Nilam












6
Kem Bestari Buku












7
Lawatan ke Perpustakaan Negeri  Terengganu












8
Pelantikan Watikah Pengawas Pusat Sumber Baru












9
Anugerah Nilam mengikut bulan












10
Pelancaran Kem Membaca 1 malaysia












11
Pertandingan  Keratan Akhbar












12
 Promosi alatan ICT dan BBM












13
Pameran dan jualan buku












14
Majlis Anugerah Sri Bestari













Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal hijrah...

Rabu 14 Nov.2012

Salam Maal Hijrah untuk semua....


Melangkah ke tahun 1434 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.
 
Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Aset yang terbesar untuk menyerlahkan potensi diri ialah akal kita. Melalui akal dan kepintaran, kita membina kehidupan yang mendasari asas penciptaan manusia. Ayat 56 surah Az-Dzariat yang bermaksud;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”



Selamat Bercuti...

Rabu 14 Nov 2012

Salam bahagia.Selamat bercuti kepada semua anakdidik,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga cuti panjang ini dimaafaatkan sepenuhnya aktiviti yang berfaedah. Kepada anak didik sekalian,jauhilah tempat-tempat yang mendatangkan bahaya. Penuhi aktiviti cuti dengan mengulangkaji dan membaca buku teks yang telah dibekalkan...




Thursday, 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah...

Khamis 8 Nov.2012

Salam Sejahtera.Moga dirahmati. Baru-baru ini berlangsung Hari Augerah Cemerlang peringkat sekolah yang telah diadakan pada 5 Nov 2012 hari Isnin. Majlis bertempat di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun iaitu En.Wan Mohd Ridwan Wan Ismail. Dalam ucapan beliau mengingatkan para ibu bapa sentiasa mengambil cakna pelajaran anak-anak sebagai aset yang berguna untuk kepentingan mereka sendiri bila besar kelak. Justeru, pihak sekolah juga diminta memastikan segala P@P berjalan dengan lancar dan segala program yang dirancangkan hendaklah dijayakan sehabis baik.

Murid-murid yang cemerlang akademik,sahsiah,kehadiran penuh serta cemerlang kokurikulum diberikan hadiah sebagai sumbangan dan perhargaan mereka mengharumkan nama sekolah serta pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun. Juga,lebih memantapkan lagi majlis disusuli dengan persembahan tarian dari pra sekolah juga koir dari murid-murid tahun 3,4 dan 5. Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam majlis tersebut diucapkan ribuaan terima kasih.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...