Pages

Renungan...

Followers

Tuesday, 5 May 2015

Proses Pengajaran berkesan....

Selasa 5 Mei 2015

Salam Sejahtera....Selamat berkunjung ke sini moga dipermudahkan segala urusan kita terutama kepada rakan-rakan yang masih meneruskan pengajian untuk mendapatkan ijazah...moga paparan dan assigment yang admin cuba kongsi bersama dapat dimanfaatkan sebaiknya...sharing is caring..



PENGENALAN

Menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya dan lain-lain). 


Pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al. (2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa  kepada perubahan tingkah laku. Eh Ah Meng (1993) pula mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.


 Apa pula yang dimaksudkan dengan pengajaran berkesan?

 Banyak pendapat para sarjana tentang maksud pengajaran berkesan. Menurut Tuner, R. (2001) Pengajaran berkesan itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain seperti mengajar dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan kreatif (Woods et al., (1996) dan Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992). 


            Mengikut Koh Boll Boon (1985) Pengajaran  adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsure,termasuk kualiti pengajar, Kecerdasan,bakat,minat,pengaruh motivasi,persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Sebagai satu proses,pengajaran merupakan satu jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid-murid melalui pengalaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan tiu dikawal baik oleh kaedah tertentu yang digunakan.


            Manakala menurut Robert Glaser (1968) pula menyebut bahawa pengajaran adalah satu proses yang melibatkan empat elemen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada,kaedah mengajar dan penilaian  pencapaian. Semua eleman itu saling mempergaruhi antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut beliau lagi, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran. Objektif pengajara adalah perkara yang jelas tentang tingkahlaku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dipelajari. Objektif pengajaran merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Ia juga merujuk kepada perubahan tingkah laku,perolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan,nilai serta kemahiran.


Justeru, Saya sangat bersetuju terhadap kajian awal yang telah dijalankan oleh Sabrina 
(1998) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran. Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Esther (1999).

            Di bawah ini disenaraikan komponen-komponen yang saya gunakan dalam RPH untuk mewujudkan suasana P@P yang berkesan dan teratur mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam RPH saya. Justeru, huraian yang lengkap serta kaedah yang digunapakai sebagai panduan untuk menghidupkan lagi RPH saya supaya pengajaran saya lebih bermakna dan murid-murid saya faham apa yang ingin saya sampaikan.


1.1  Pengetahuan sedia ada

Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.Elemen yang diambilkira ialah set induksi.

 ciri utama set induksi

·         Menarik perhatian

·         Mewujudkan motivasi

·         Membuat perkaitan

Menarik Perhatian

o   mewujudkan nada suara yang sesuai.

o   menggunakan ABM/BBM/BBB yang menarik.

o   menggunakan gerakan, konteks mata, dan isyarat.

o   menunjukkan suatu aktiviti yang menarik dan tidak pernah terfikir oleh pelajar.

            Apa yang jelas di sini, pengetahuan sedia ada murid-murid adalah elemen penting iaitu kesediaan murid-murid  menerima pelajaran pada hari berkenaan. Contohnya dalam pengajaran yang telah saya laksnanakan untuk set induksi. Saya menggunakan pendekatan teka teki untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang topic yang akan dipelajari iaitu topic aedes,punca dan cara-cara menghalang pembiakannya. Apabila teknik teka teki ini digunakan murid-murid  begitu bersemangat untuk menjawab dan bersoal jawab dengan guru. Maka saya melihat kaedah yang saya gunakan amat berkesan dan mampu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan idea mereka seterusnya. Pengajaran dan pembelajaran untuk set induksi pada hari itu dikira berjaya.

Tujuan saya menggunakan set induksi teka teki kerana saya melihat kecenderungan murid-murid kearah mendapatkan maklumat dengan adanya pembayang. Pada saya,penggunaan set induksi amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya kita dapat mengetahui status pengetahuan sedia ada murid secara tidak langsung. Contoh teka teki yang saya gunakan semasa set induksi berlangsung.

i) Aku berbadan kecil tetapi boleh membunuh manusia.

ii) Tempat tinggalku di kawasan yang kotor dan bertakung

iii) Adakala kakiku berbelang-belang

Kesimpulannya semasa sesi bersoal jawab ini murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab teka teki dan kebanyakkan mereka dapat meneka dengan betul  jawapan yang diberikan. Hasilnya set induksi menimbulkan minat yang mendalam,seronok dan menarik kepada murid-murid saya untuk terus mengetahui kitaran hidup nyamuk aedes dengan langkah-langkah pengajaran seterusnya.



1.2  Objektif Pengajaran

            Kita sedia maklum bahawa objektif merupakan elemen yang paling penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih lagi model ini lebih menekankan objektif sama ada objektif am atau objektif tingkahlaku. Kedua-duanya hendaklah ditulis secara jelas dan mengikut tatacara menulisnya yang betul.Bidang dominan yang hendak dikembangkan dalam diri murid-murid harus dikenali iaitu sama ada bidang kognitif (mental) ,afektif atau psikomotor. Objektif yang ditentukan seharusnya sepadan dengan  dengan kebolehan dan kemampuan murid-murid. Dalam Pengajaran dan pembelajaran objektif yang ditulis dalam RPH saya menetapkan bahawa Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:

i) Mengumpul maklumat tentang nyamuk aedes dan membuat catatan ringkas mengenainya.

ii) Mengeja dan menulis dengan betul perkataan yang dibaca oleh guru.

            Pada peringkat ini, saya melihat penetapan objektif dalam RPH saya amat sesuai dengan pngetahuan sedia ada murid saya kerana topic yang dibincangkan merupakan topic penting dan murid-murid bersedia untuk mengetahui maklumat seterusya hingga selesai P@P hari itu. Setelah P@P di jalankan, borang pengurusan grafik diberikan kepada murid-murid untuk melihat sejauhmanakah pemahaman murid dalam memahami topic yang dibincangkan. Justeru, saya melihat bahawa catatan yang dibuat oleh murid-murid saya memenuhi objektif pelajaran pada hari itu. Ini terlihat apabila pembentangan di jalankan dalam kumpulan masing-masing. Dapatan yang diperolehi tepat seperti yang RPH yang saya rancangkan.

            Manakala untuk mencapai objektif yang kedua,saya membuat ejaan kepada murid-murid saya dengan mengemukkan 10 perkataan yang berkisar pada Nyamuk Aedes seperti yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Refleksi yang boleh dibuat, dari tiga puluh orang murid saya, seramai 25 orang dapat mengeja dengan betul dan lima orang lagi hanya salah satu sahaja perkataan yang dieja. Jadi teori  Robert Glaser ini yang menekankan aspek objektif amat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang telah saya rancangkan.Contoh perkataan yang dieja

Jentik-jentik
penyakit
membiak
pencegahan
kesejahteraan
kebersihan
Bintik-bintik
premis
menghalau
kebiasaannya



1.3 Kaedah Pengajaran

            Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah yang digunakan untuk pengajaran. Kaedah pengajaran yang lazim digunakan mungkin termasuk penyertaan kelas, demonstrasi, bacaan, hafalan, atau gabungan ini. Pemilihan kaedah pengajaran atau kaedah-kaedah yang akan digunakan bergantung kepada maklumat atau kemahiran yang diajar dan juga boleh dipengaruhi oleh kebolehan dan kesungguhan murid.Dalam RPH ini saya menggunakan  Pendekatan membaca asas dan  kaedah cerakinan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget