Pages

Renungan...

Followers

Sunday, 26 May 2013

Konsep Teaching Games for understanding(TGFU)..

Ahad 26 Mei 2013

Salam Sejahtera. Konsep Teaching Game for Understanding(TGFU) mula digunapakai dalam salah satu pendekatan pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan berkembang ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah.TGFU juga adalah program Pendidikan Jasmani yang diberi nafas baru di mana sebelum ini beberapa isu pelaksanaan Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan kerana tiada alatan.

Pendekatan TGFU yan diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada tradisional yang menekankan kepada teknikal (know-how) kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan KENAPA.


Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan iaitu sasaran,jaring dan dinding,memandang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan murid dalam Pendidikan Jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu.

Friday, 10 May 2013

Hari Kokurikulum sekolah...Meriah!

10 Mei 2013

Salam Jumaat untuk semua pengunjung. Selamat bertemu kembali. Untuk makluman semua, sekolah telah mengadakan Hari KoKurikulum peringkat sekolah pada 9 Mei bertempat di pekarangan Dataran Ilmu dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berbagai acara telah diadakan iaitu, jualan makanan mengikut unit sukan masing-masing, pakaian, barangan plastik,acara sukaneka,persembahan,teka kacang,gubahan, masakan, demostrasi bomba,pemeriksaan kesihatan percuma,pameran dan ceramah peluang kewangan. Acara-acara ini disertai oleh guru-guru,murid-murid dan para ibu bapa. Aktiviti dwitahunan ini mendapat sambutan di luar jangkaan kerana promosi yang dijalankan sebulan dari tarikh pelaksanaan.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget