Pages

Renungan...

Followers

assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 13 March 2013

Bidang-bidang Fonetik...

Rabu 13 Mac.2013

Salam Hormat. Moga dirahmati. Entry petang ini berkisar kepada bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi,fonetik akustik dan fonetik auditori.

a) Fonetik Artikulasi- ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi  bahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi yang akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru,larings,rongga mulut,hidung dan bibir.Maksudnya fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir.Antara sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan bagaimanakah cara menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat yang kebiasaannya diaplikasikan oleh ramai guru di dalam bilik darjah.

b) Fonetik Akustik- ialah bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek penting kajian ini adalah berkaitan dengan nada,ton,kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Ke semua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisi melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi. Sumbangan utama bidang ini ialah untuk membantu penutur menuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.

c) Fonetik Auditori- Fonetik Auditori adalah ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian pendengaran meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga.Kajian tentang proses memungut rangsangan,menyalurkan rangsangan ke otak dan seterusnya menganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihan khususnya dalam masalah pendengaran bahasa.

Bagaimana pula tentang fonemik? Fonemik adalah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa,iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Friday 8 March 2013

Definisi Kata Nama...

Jumaat 8 Mac 2013

Salam Sejahtera. Entry kali ini penulis cuba menjelaskan definisi kata nama oleh beberapa sumber yang boleh membantu cikgu-cikgu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1. Menurut Za'ba (1965)
  • Memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya.
  • Definisi tersebut diperluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal,fikiran, kekuatan dan sebagainya.
2. Menurut Abdullah Hassan(2003)
  • Mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda,nama orang,nama tempat dan nama perkara. 
3. Menurut Lutfi Abas (1971)
  • Menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau penjodoh bilangan.
  • Kata nama ialah kata yang merujuk khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan,benda,institusi,undang-undang,bangsa,bahasa dan pangkat. 

 

Friday 1 March 2013

Definisi Morfologi....Satu perbandingan!

Jumaat 1 Mac 2013

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung. Seperti biasa entry pada hari ini kita singkap pengertian morfologi dalam konteks perbandingan dengan sumber serta tokoh-tokoh bahasa sebagai indikator dalam topik ini.

Menurut Nik Safiah Karim (1996) Morfologi adalah bidang ilmu yang mengkaji:
  • Struktur
  • Bentuk
  • Penggolongan kata.
Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat(2005) mendefinisikan bahawa Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuklah:
  •  Infleksi (pengimbuhan)
  • Terbiatan dan
  • Pemajmukan.
Raminah Hj. Sabran Dan Rahim Syam(1985) melihat Morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Manakala Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob(1993) menyatakan bahawa morfologi ialah:

  • Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-kata.
  • Bidang ilmu bahasa yang membincangkan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan pengertian kata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...